Tuesday, August 14, 2012

Stanjak Melayu @ Destar

Seingat-ingat saya lama juga mengidam belajar buat stanjak ini. Sejak awal tahun 90'an lagi, zaman bersilat bagai, selalu sangat tengok orang punya stanjak dalam majlis-majlis silat yang rasmi. Selalu yang saya pakai adalah khas untuk bersilat, yang hari ini baru saya tahu dipanggil 'ikat kepala' sahaja. Tetapi ketika itu, saya panggil tengkolok kerana tidak tahu perbezaannya.

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah juga belajar cara untuk membuat stanjak ini ketika anjuran bengkel AVA dahulu, walaupun sebagai penganjur, namun mata saya tidak berkelip menyaksikan para peserta melipat dan sebagainya (sesekali menyibuk juga). Ketika mencari orang untuk mengajar, memang siksa. Dari Gombak hingga Melewatai, tidak ada siapa yang sudi untuk menunjuk-ajar dalam bengkel yang mahu dianjurkan. Mungkin kerana takut pasaran jualan mereka terjejas, lantas perkataan 'tidak tahu, entah, tak boleh' dilontarkan apabila ditanyakan untuk menjadi jurulatih dalam bengkel. Akhirnyalah, baharu, mendapat seorang. Itupun puas memujuk bagai.

Tapi tidak mengapalah. Alhamdulillah, sempat buat dua kali bengkel, namun saya masih tidak dapat fokus kerana menjadi penganjur. Cuma lebih pada 'cuci mata' melihat para peserta melipat dengan jayanya. Namun, segala maklumat bagai tentang stanjak saya kumpul dan simpan dalam laptop untuk tatapan walau tak tahu membuatnya. Cuma, baru-baru ini, pada sesi perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) yang keempat, saya mencuri peluang untuk mempelajari cara lipatan solek stanjak Balung Raja (Selangor). Amboi, bukan main suka lagi.

Apa lagi, balik sahaja, gian untuk melipat sampai. Tambah terbakar apabila rakan yang sama belajar ikatan di DSSM menayangkannya di dalam grup fb DSSM. Saat itu, saya tidak bertangguh lagi, segala apa yang saya ingat tentang ikatan dan yang baharu belajar saya praktikkan. Hasilnya tidaklah begitu cantik kerana jahit tangan sahaja. Tapi ada azam tertanam untuk mempelajari jenis-jenis lipatan stanjak yang pelbagia jenis dan rupa.

Selain itu dapat juga mempelajari tiga teknik ikatan sampin/kain yang dikendalikan oleh Tuan Fariz Wan Mat Ali, juga merupakan seorang otai membuat stanjak, fb beliau di sini, :

1) Ayam Teleng
2) Dendang Perantau
3) Janda Berhias

Menurut beliau, banyak lagi jenis ikatan sampin ini yang membuatkan saya terkedu, selama ini tak pernah ambil tahu.

Jadi, sampailah ke hari ini dapatlah saya mempraktikkan semula beberapa ikatan stanjak yang dipelajari : (sila ke fb Tuan Masrizal yang mengajar lipatan stanjak di bengkel)

1) Solok Timbo
2) Helang Menyongsong Angin (Olong Menyongsong Angin)
3) Sekelongsong Bunga
4) Balung Raja - klik sini untuk melihat videonya - oleh Tuan Saudagar Tekua, selain itu merupakan pembuat dan menjualkan busana Melayu. Blognya di sini.

- Ini pula video klip Bengkel Seni Melipat Stanjak anjuran komuniti Keris Warisan, klik sini.

Lipatan yang lain-lain ada juga dicuba, tapi tidak tahu entahkan betul, entahkan tidak, hanya berdasarkan 'naluri' sahaja. Tapi saya berazam akan mempelajari lagi seni ikatan dan lipatan stanjak ini sekiranya ada bengkel anjuran mana-mana pihak. Ia suatu warisan yang sangat bernilai dan tentunya sekiranya kita tidak mempelajari, siapa lagi? 


Percubaan lipatan stanjak :

1) Temenggung Johor
2) Bugis Tak Balik
3) Ayam Patah Kepak
4) Lang Melayang (rasanya, kalau tidak silap saya) - klik sini untuk mempelajari serba-sedikit tentang lipatannya. Blognya di sini. Beliau juga mengambil tempahan membuat tengkolok.

Sambil-sambil itu, saya mula mempelajari dan mengenal tekstil dan busana serta pemakaian yang selama ini saya tidak hiraukan sangat. Rupa-rupanya sangat indah seni budaya Melayu ini. Saya sendiri jahil bab-bab begini, tapi mulai saat ini akan mengambil tahu dengan sungguh-sungguh, Insya-Allah. Cuma, disebabkan terlalu lama dijajah hingga kini menyebabkan kita, bangsa Melayu lupa terus akan perkara-perkara seperti ini. 

Aktivis Busana Melayu
 
Kalau berjalan dengan pelbagai fesyen barat, orang sudah tidak hairan. Tetapi sekiranya seperti rakan-rakan Aktivitis Busana Melayu ini pakaian, tentu ramai orang sama ada akan kagum, tetapi lebih banyak yang akan memandang serong dengan mengatakan mereka ini berlagak, mahu menunjuk-nunjuk dan sebagainya yang kurang enak didengar. Tapi itulah hakikatnya kita di sini, sudah lama dibelai oleh ribut barat hingga terlupa pawana Timur yang lebih sopan dan gemalai. 

Dari itu, saya menyeru rakan-rakan, marilah kita sama-sama mengambil akan perihal seni budaya kita yang indah ini. Tidak dapat banyak pun tidak mengapa, mungkin yang ini pun jadilah. Mari ...

1 comments:

IBU PUSPITA 10:45 AM  

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP