Sunday, April 29, 2012

Aktiviti Penulisan

Sehingga bulan Mei menjelang, tidak banyak yang dihasilkan. Puisi, cerpen malah. Aktiviti lebih banyak tertumpu pada pergendangan silat. Cuma menyiapkan beberapa karya untuk pertandingan dan tentunya novel yang terhutang dengan Alaf21.

Jemputan Alaf21 untuk promosi juga terpaksa ditolak; atas perihal peribadi yang tidak dapat dielakan. Semua itu sudah tertulis, hanya redha dan mencari jalan terbaik untuk menulis dengan lebih tekal. Kadang kala cemburu juga melihat rakan-rakan menghasilkan karya yang pelbagai, namun saya masih terbatas dari segi masa dan ruang. 

Sedang mengintai ruang masa yang tidak bernoktah - infiniti. 

Ada yang bertanya saya, apakah siri novel Mantera itu punya sambungan lagi. Jawapan saya, mungkin ya, mungkin tidak. Itu sahaja. Sesekali fikiran dibawa jauh ke dalam cerita, tenggelam dan kadang terlupa untuk mencatatkannya. 

Apapun, ia punya hikmah yang tersembunyi - untuk dibongkar, Insya-Allah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP