Wednesday, February 15, 2012

Tarik Balik Karya Anda!

Hampir sebulan tidak menulis sebarang entri. Ya, baru-baru ini saya memberikan tutorial kepada dua orang peserta anjuran AVA. Antara soalan yang ditanyakan adalah berapa lama harus menunggu apabila sesebuah karya yang dihantar harus ditarik balik?

Lazim kebanyakan penulis dan saya sendiri - 3 atau 4 bulan. Jangan tunggu lama-lama, sila hantarkan emel untuk menarik semula sebagai makluman. Jangan tidak berbuat demikian. Sekiranya tiba-tiba karya anda disiarkan dalam dua makalah pada masa yang sama, anda PASTI akan disenaraihitamkan! Karya anda pasti tidak akan terbit lagi di dua makalah sekaligus! Apa macam, ada best?

Jadi, jangan buat hal. 

Begitu juga dengan manuskrip, senadainya sudah agak lama, seperti 4 - 6 bulan, syarikat penerbitan tidak memberikan apa-apa jawapan, maka anda mempunyai hak untuk bertanyakan perihal tersebut dan juga menarik balik karya tersebut. Tetapi seandainya dikatakan manuskrip itu dalam proses, maka sabar sahaja.

Pagi tadi saya baru menelefon Syarikat Penerbitan Al-Ameen, bertanyakan khabar manuskrip kumpulan cerpen yang sudah lebih sebulan berapa hari. Kata mereka, sedang sibuk dengan buku teks. Dalam masa sehari dua lagi, dia (mungkin editor agaknya) akan menjawab melalui emel. Saya akan tunggu. Sekiranya tiada jawapan, saya akan diam terlebih dahulu, cukup haul - terus tarik balik sahaja karya dengan menelefon mereka. :) 

Memang sudah menjadi kelaziman mana-mana penerbit sekiranya penulis terlalu banyak kehendak, penulis itu akan disenaraihitamkan. Dan mutakhir ini baharulah saya faham mengapa ramai rakan penulis yang menerbitkannya sendiri, meskipun pemasarannya amat terhad. Yang penting, hati bahagia ...  hidup DIY! 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP