Senarai Pertandingan, Sayembara Dan Hadiah Penulisan
Hampir sahaja saya terbuang kertas bermaklumat yang mungkin penting kepada mana-mana penulis yang ingin mencuba kekuatan karyanya. Maksud saya, tentunya yang melibatkan hadiah sastera atau penulisan yang mempunyai anugerah dan penilaian. Jadi, sebelum kertas ini menjadi makanan lipas dan pijat, elok saya catatkan di sini untuk perkongsian. Ada yang sudah tidak ada, ada yang saya tambahkan. Antaranya adalah :
a) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil
b) Hadiah Sastera Darul Takzim
c) Pertandingan penulisan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Putrajaya
d) Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP-YADIM
e) Sayembara Menulis Cerpen negeri Johor (rasanya sudah tiada)
f) Hadiah Novel Sejarah Johor (Anjuran Yayasan Warisan Johor)
g) Sayembara Sempena Hari Merdeka - anjuran DBP
h) Hadiah Pak Sako
i) Pertandingan Menulis Novel Fiksyen Sains (anjuran Utusan)
j) Hadiah Sastera Berunsur Islam (anjuran PELITA)
Ini sahaja yang saya pernah catatkan di kertas dan mana-mana yang saya teringat (tidak termasuk skrip drama. Cuma untuk pertandingan novel, cerpen, puisi, artikel, kritikan sastera, kajian dan lain-lain). Sekiranya ada lagi, silalah tambah untuk perkongsian bersama. Tidak kira peringkat apa sekalipun.


2 comments:
macam mana nak ikut perkembangan sayembara dan pertandingan semasa dengan mudah? saya selalu terlepas tarikh tutupnya
Sdr Amal - selalu lihat laman web DBP, akhbar dan majalah-majalah DBP.
Post a Comment