Saturday, November 12, 2011

Pertandingan Cerpen Putrajaya Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat WP Putrajaya 2011


Syukur alhamdulillah. Itulah perkataan pertama yang terbit dari dalam hati apabila dihubungi oleh urusetia pertandingan. Mendapat tempat kedua sudah membuatkan saya bersyukur amat. Cerpen yang bertajuk Menebak Cinta Firdausi menjadi taruhan saya. Cerpen yang disimpan selama setahun. Saya tangguhkan demi kasih kepada seorang sahabat yang berpamitan dan tidak akan kembali lagi. Tidak lama kemudian saya terdengar bahawa ada lagi pertandingan ini. Lalu saya siapkan dan edit semula dan menghantarnya. Semuanya atas izin Allah. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memilih cerpen ini, terima kasih juga kepada semua yang menyokong dan mendorong saya dalam bidang penulisan ini. (Hizzal - ini untuk kamu...)

Ketika di majlis saya bisikkan kepada seorang penulis baru, "Jangan tunggu ilham datang. Buru ilham, pasang perangkap!" Kata-kata itulah saya pegang sehingga kini apabila menjadikan bidang penulisan ini sebagai karier tetap saya. Saya minat menulis, saya lakukannya untuknya, Insya-Allah.

Terima kasih khas kepada Sdr Muhammad Nizam yang membawa saya ke presint 16 Putrajaya, tempat majlis dilangsungkan. Juga kepada Sdr Khalil Zaini dan Syarifah Duratul Kameena yang mengambil beberapa gambar saya sewaktu majlis berlangsung.

3 comments:

Anonymous,  9:13 PM  

Congratulations Michai!!! SO so proud of you. Keep it coming you talented peniup serunai you! :o)

wiz

Anonymous,  9:35 PM  

congrats wak! :)

sf,  11:31 AM  

Semua atas izin Dia. Terima kasih kawan-kawan atas sokongan dan dorongan.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP