Thursday, August 18, 2011

Promosi Awal : Raungan Mantera aka Mantera Hitam 2

Bulan ramadhan membawa pelbagai makna dan erti dalam hidup seseorang. Ada cabaran dan ujian kehidupan masing-masing, begitu jugalah halnya dalam sejarah kehidupan saya dan keluarga.

Namun begitu ramadhan juga membawa harapan dan nikmat untuk disyukuri. Dalam bulan yang penuh bermakna ini, sambungan Mantera Hitam akan terbit Insya-Allah sekitar bulan September atau Oktober 2011. Syukurlah. Seperti yang pernah saya katakan, rupanya memang bukan mudah untuk menggarap novel jenis bersiri atau bersambung ini (bagi diri saya, orang lain saya tidak tahu). Penuh ranjau dan liku-liku, bukan setakat cabaran untuk menulis, malah dugaan dalam hidup.

Banyak faktor yang menyebabkan Mantera Hitam yang pertama tersangkut-sangkut dalam pembikinannya. Malah ada kalanya semacam hilang semangat dan kekuatan untuk menggarapnya. Namun alhamdulillah Allah memberi izin untuk saya menulis dan menyambungnya, termasuklah sokongan dan dorongan dari pembaca (kini Kelab Serunai Faqir @ KSF)

Maka lahirlah Raungan Mantera yang merupakan sambungan kepada Mantera Hitam. Banyak persoalan dan pertanyaan yang dilontarkan terhadap Mantera Hitam, tidak kurang juga kata-kata dan sindiran yang sinis dan pedas. Tapi, menganggapnya itu sebagai satu proses dalam mematangkan diri dalam dunia penulisan novel, maka saya terima dengan hati yang terbuka. Terima kasih atas komen, nasihat, pertanyaan, kritikan dan sebagainya.

Rakan-rakan di fb pula sering bertanya. Saya pun jadi pening dan tertekan juga, tapi itulah sebenarnya menjadi salah satu daya penggerak untuk menyiapkan sambungannya. Untuk mereka yang sering bertanya, terima kasih saya ucapkan, juga kepada Kelab Serunai Faqir (KSF) di fb yang ditubuhkan untuk mereka yang mengikuti perkembangan karya saya. Juga kerana terlalu sabar menanti sambungannya. Jarak antara 2009 dan 2011, dua tahun. Terima kasih kepada anlian yang sangat sabar.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua, juga kepada editor saya, juga seorang novelis (Murni Aqila) yang tak pernah jemu melayan dan menangani karenah serta sabar dalam menanti siapnya Raungan Mantera, saya berterima kasih amat. Dan tentunya kepada krew Alaf21 yang cekap dan amnya, kepada keluarga Karangkraf yang menjalankan promosi tidak henti-hentinya. Terima kasih sekali lagi.

Kepada peminat kisah-kisah fantasi yang bercorak kemelayuan - Raungan Mantera. Harap anda terhibur membacanya. Dan pada waktu ini, saya sedang menggarap novel fantasi lain untuk hidangan akan datang, Insya-Allah. Moga-moga Allah memberikan saya kesihatan, sejahtera, ilham serta kekuatan untuk menggarapnya.

p/s : Nantikan kemunculannya pada sekitar September / Oktober akan datang!

12 comments:

Miylo Meow 6:44 AM  

terujanya nak dapatkan RAUNGAN MANTERA.. sy suka sgt dgn tajuk novel...harap t'baik dan gempak buat kali kedua selepas MANTERA HITAM... :-)

Oghang Ba Ado 10:57 AM  

mak aih.. meraung.. he he he..

sf,  12:11 PM  

Cik Miylo - Insyallah, saya cuba yang terbaik ... harap2nya begitulah ...

Oba - meraung pun meraunglah ... hehehe

MATMIN 5:28 PM  

Tahniah bro... x sabar nak baca...

Hasimi 10:18 AM  

sf!!!.........terkejut tgk cover raungan mantera....sukee....m'ggil pon ade rasenye...teruja sgt ni...hehe...xsbr nk dptkn nye....

sf,  11:24 PM  

Mat Min - saya pun! ;)

Sdr Hasimi - saya pun tergezut juga!

myownmind 11:37 AM  

Huyooo kena stand by nie... salute bro!!

sf,  1:16 AM  

My Own Mind - ya, terima kasih ... ;)

Anonymous,  3:30 PM  

sya suka sangat Novel saudara..
Banyak ilmu yg sya peroleh..

tahniah!

sf,  12:06 AM  

anon

alhamdulillah, terima kasih. Semua atas izin Allah.

Meor firdaus,  11:49 AM  

huhu...sy minat baca buku nie.....

pyat 11:04 PM  

D Mna lgi da jual ni buku skrang arch??

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP