Wednesday, August 03, 2011

Majlis HSDT 30 Julai 2011

Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah. Pada tanggal 30hb Julai, majlis penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT) yang dianjurkan melalui Yayasan Warisan Johor diadakan di Dewan Persada, Johor Bahru, Johor. Kebetulan masa saya sedikit penuh dengan agenda dan pertemuan, tidak dapatlah saya menghubungi rakan-rakan penulis untuk mengeteh. Seperti biasa, saya pergi ke sana seorang diri sahaja.

Secara keseluruhan acara gilang-gemilang itu berjalan lancar, alhamdulillah. Dengan penuh takzim, majlis yang bukan setakat penyampaian hadiah tetapi juga pengisian yang bagi saya amat bertepatan sekali dengan majlis. Tiada penyanyi yang glamor, atau mana-mana artis tanah air. Cukuplah dengan artis residen YWJ yang mempersembahkan bagi saya apa yang berkaitan dengan majlis.

Nyanyian semula, lagu Ramli Sarip dan A Romzie membuat saya termenung panjang. Berfikir dan terus berfikir.

...
Dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

...
Sumber lirik : Lirik Lagu

1 comments:

kirua 1:40 PM  

Hehe. ....kita berkarya seni demi kepuasan hati.....itu lah harga diri se benar

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP