Thursday, August 11, 2011

Karya Kamu Ditolak Penerbit?

Apa perasaan kita apabila karya ditolak oleh sesebuah syarikat penerbitan? Kecewa? Sudah tentu. Memang penolakan karya adalah suatu yang amat mengecewakan terutama bagi mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang penulisan. Tetapi umumnya, mana-mana penulis pada awal pembabitannya akan menerima pengalaman yang sebegini. Tapi percayalah, sebenarnya itu adalah liku-liku dalam menuju kejayaan, Insya-Allah.

Saya selalu kata kepada rakan-rakan yang baru menulis, Welcome to real world. Inilah realiti dunia penulisan yang sebenarnya; meski kedapatan mereka yang menyalah tanggap perkataan saya ini. Tapi itu tidak mengapa. Saya terpanggil untuk menulis entri kali adalah kerana terbaca kisah seorang penulis yang karyanya ditolak sebanyak 61 kali oleh pelbagai syarikat penerbitan, dan juga yang lain sebelum berjaya. (rujuk sini)

Mari kita lihat senarai mereka :

The Help - Kathryn Stockett : 61 kali penolakan
Dune - Frank Herbet : 13 kali penolakan
Philosopher's Stone - JK Rowling : 14 kali penolakan
Auntie Mame - Patrick Denis : 17 kali penolakan
Jonathan Livingstone Seagull - Richard Bach : 18 kali penolakan
A Wrinkle In Time - Madeline L'Engle : 29 kali penolakan
Carrie - Stephen King : 30 kali penolakan
Gone With The Wind - Margaret Mitchell : 38 penolakan
A Time To Kill - John Grisham : 45 penolakan
The Tale Of Peter Rabbit - Beatrix Potter : ditolak oleh semua penerbit hingga menerbitkannya sendiri.

Louis L'Amor (penulis lebih dari 100 novel) - 300 kali penolakan sebelum buku pertamanya dicetak
John Creasy (penulis 564 novel misteri) - 743 kali penolakan sebelum buku pertamanya dicetak
Ray Brabdury (penulis lebih 100 novel) - 800 kali penolakan sebelum buku pertamanya dicetak

Jadi, cuba kita lihat, di manakah kita? Adakah kita pernah mengalami semua ini? Atau hanya baharu beberapa kali sahaja karyanya ditolak dari diterbitkan. Semuanya bergantung pada penulisan, sebagai ikhtiar dan berserah kepada Allah yang akan menentukannya. Namun jangan sesekali berputus asa dalam mencari kejayaan. Kejayaan tidak datang bergolek, kebahagiaan tidak datang menyerah. Usaha tanpa mengenal jemu, itulah rahsianya dan doa yang tidak putus-putus.

Rujukan :
Wikipedia
Bangsawi

Anwar Holid (Goodread)
Harian Metro

6 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi 7:33 PM  

usaha dan jangan putus asa ^_^

HARITH ISKANDAR 3:17 AM  

masyaallah,gigih betul.kalau sy tak tau la..silap2 mau putus asa tu :)

Teratakerapung 10:12 AM  

Usaha tangga kejayaan.

Nisah Haji Haron 10:13 AM  

Assalamualaikum,

Mohon disemak sumber untuk kenyataan : "The Tale Of Peter Rabbit - Beatrix Potter : ditolak oleh semua penerbit hingga menerbitkannya sendiri."

Setahu saya dan mengikut autobiografi Beatrix Potter, dia tidak pernah terbit sendiri tetapi karya pertamanya diterbitkan oleh F.Wearne and Company. Syarikat itu bukan milik Beatrix Potter. Walau bagaimanapun Beatrix telah menjual sebahagian daripada hak cipta karyanya kepada F.Wearne kini, sebab itulah buku itu masih lagi beredar dengan baik sehingga hari ini.

Harap maklum.

sf,  10:21 AM  

Nisah, terima kasih atas maklumat yang diberikan. Nanti saya semak.

Mak Su 7:35 PM  

dahsyatnyer.... saya sudah mula hantar karya, sudah ditolak 3 kali... sudah rasa kecewa yg amat dalam.... :(

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP