Friday, July 15, 2011

HSDT 2011

Alhamdulillah, semua atas izin Dia. Dapatlah sekali lagi karya saya menyelit-nyelit untuk apa-apa yang patut. Terima kasih kepada panel yang memilih karya saya. Saya tidak ada apa-apa, cuma yang penting adalah mesej untuk disampaikan melalui karya yang terpilih. Ke Johor Bahru, Insya-Allah pada 29-30 Julai ini, disamping dapat mengunjungi rakan-rakan pergendangan dari Kumpulan Warisan Tebrau di Pasir Gudang. Mohon doa rakan-rakan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, amin.

Terima kasih juga atas sokongan rakan-rakan pembaca sekalian. Insya-Allah saya cuba hasilkan karya yang termampu seadanya. Terima kasih khas kepada keluarga saya yang memahami kehendak dan minat saya dalam bidang penulisan. Juga kepada guru saya dalam bidang penulisan, ibu guru Zaharah Nawawi.

2 comments:

Syarifah Salha Syed Ahmad 11:52 AM  

Tahniah, abang ngah. Semoga lebih banyak karya terhasil. Semoga dipermudah urusan perjalanan.

sf,  4:56 PM  

Syarifah Salha,

Alhamdulillah, semua atas izin Allah, moga Syarifah juga terus maju dalam bidang penulisan. Sama-sama kita, Insya-Allah.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP