Thursday, June 16, 2011

Final Edit MH 2

Lama juga saya menjadi malas untuk mengemaskinikan blog. Tetapi komentar daripada Cik Miylo tentang Mantera Hitam membuatkan saya terbangun semula. Kepada yang masih ternanti-nanti sambungan MH ini, saya sedang mengeditnya buat kali ke-3. Agaknya pengalaman menjadi editor sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati sebelum menghantar. Dan pada masa yang sama, saya sendiri tidak sabar MH2 ini diterbitkan.

Komentar dari Cik Miylo - klik sini.

Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang memberi komen terhadap MH yang pertama. Ada yang suka, ada yang marah, ada yang menyesal beli, ada yang beri semangat, ada yang sabar menanti sambungannya, ada yang mengutuk dan pelbagai reaksi terhadap nukilan percubaan pertama saya. Semuanya membuatkan saya lebih matang dan berhati-hati dalam menggarap sambungan kedua. Memang kisah yang pertama tergantung dalam keadaan yang menyebabkan ramai yang ternanti-nanti. Insya-Allah saya yakin dalam tahun ini sambungan MH akan terbit.

Seperti yang saya katakan terdahulu, rupa-rupanya bukan mudah untuk membuat karya yang bersambung-sambung. Tapi tidak mengapa saya mencubanya, kalau tidak, tak tahu pula susah-payah novel bersambung. Pun begitu, dalam masa yang sama saya sudah menggarap novel seterusnya untuk dihantar ke Alaf21, working titlenya - Memoir Seorang Vampira (MSV).

Sedutan ceritanya akan menampilkan kisah vampira yang lain seperti yang pernah didengar, dibaca atau ditonton. Saya mengambil perspektif yang berbeza dan membikinnya dalam tafsiran saya melalui fakta dan kajian saintifik. Bagaimana ia bermula dan ke mana wataknya membawa anda, Insya-Allah, diharap dapat menanti dengan penuh sabar. Untuk novel MSV, Insya-Allah saya akan membikin cerita yang habis, takkan tergantung lagi. Rasa jeran juga buat novel bersambung ni ... fuh berasap beb!

7 comments:

Miylo Meow 10:38 PM  

salam saudara,
terima kasih kerana sudi singgah blog sy.. t'kejut kerana komentar dilink dalam saudara :)... smoga terus b'karya :)

Oghang Ba Ado 7:57 AM  

ye ye! ye ye! ye ye! ye ye!

sf,  12:09 PM  

Miylo - terima kasih atas komen yang mengujakan.

Oba - kena belanja gua sate kajang!

Hasimi 5:53 PM  

oh yeah!!!!:))

johorfx 2:33 AM  

Bile la nak kuar Mantera Hitam 2 ni.. tak sabo saya nak tunggu.... penantian suatu penyiksaan... T_T

sf,  4:16 PM  

Johor FX - Insya-Allah dalam masa terdekar ni, doakanlah ya terbit cepat. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP