Saturday, May 14, 2011

Ebook Bukan Lagi Suatu Mitos

The Writing Instructor, August 2002

“. . . the printed book, like any other technology, will not live forever.” Raymond Kurzweil


Perkara sudah lama saya fikirkan sejak-sejak mengalami kesukaran untuk menerbitkan buku Kumpulan Puisi yang cuba dihantar ke DBP. Saya fikir kenapa tidak saya terbit sendiri, mudah, ringkas dan tak perlu banyak modal. Cuma dari segi pemasaran, mungkin agak terhad, tapi saya puashati kerana dapat menerbitkan di bawah AVA. Maka terhasillah, Kumpulan Puisi Serunai Faqir yang berjudul Zikir Kasih. Sebelum dari itu, lebih kurang penghujung tahun lepas kalau tidak silap saya, saya berbincang dengan sdr Johari Rahmad @ Jojo, arkitek Kapasitor yang mempunyai alun alir pemikiran yang sama. Kami positif bahawa ebook pada mulanya akan muncul sebagai fenomena, kemudiannya akan menjadi kelaziman. Suatu kertas kerja yang saya sediakan (akan siap tidak lama lagi) akan diterbitkan dalam bentuk ebook berjudul 'Buku-E : Bukan Suatu Mitos' dan 'Ringkasan Cara Menghantar Karya' di bawah Kapasitor. Tapi saya tangguhkan dahulu kerana 'hutang' dengan Alaf21.

Projek yang dirancangkan sebenarnya sudahpun dimulakan oleh Kapasitor sejak beberapa tahun sebelum ini dengan menerbitkan buletin yang bertajuk Prasasti sejak tahun 2007 dalam format pdf. Kemudian, Kapasitor menerbitkan lagi beberapa buah majalah seperti Kapsule pada 2010. Beberapa buah enovel juga diterbitkan, dan 2011 pula menampakan percubaan dalam menerbitkan kumpulan puisi dan cerpen.

Lama juga kami berbincang tentang perkara ini, dan akhirnya semakin menampakan hasil. Baik dari sudut perundangan, metod atau gajet untuk membacanya, pemasaran, kumpulan sasaran dan sebagainya. Apabila saya terbaca entri di Unikapts (i) & (ii), saya bertambah yakin bahawa ebook akan menjadi fenomena tidak lama di Malaysia, meskipun kebanyakan penerbit memandang sepi terhadap perkara ini. Kata mereka, " Ebook takkan dapat menandingi keselesaan pembaca membaca dan memegang buku fizikal." Ya, apa mahu dihairan, dulu orang kita kekok dengan gitar dan bunyian drum, tapi kini tidak lagi. Yang menjadi hairannya pula, apabila orang menepuk gendang dan meniup serunai. Semua akan berubah, termasuklah persaingan antara buku fizikal dan ebook.

Zaman semakin berubah, teknologi bergerak pantas, dan tidak mustahil kita dapat menyimpan beribu-ribu judul buku dalam satu gajet yang mudah, dan menjadikan ia sebagai pustaka bergerak. Dan kini, memang sudah wujud pelbagai gajet untuk pembacaan ebook yang selesa dan memudahkan pembaca.

Cuba fikirkan apa yang diperkatakan di bawah ini :

Stephen Riggio, vice-chairman of Barnesandnoble.com, has said, "You will see—very, very soon—authors become publishers. You will see publishers become booksellers. You will see booksellers become publishers, and you will see authors become booksellers." With the advent of e-publishing, book industry classifications are an anachronism (Pimm 2000).

7 comments:

sabda kalam 4:13 AM  

..saya setuju ..e-book pasti akan menjadi sesuatu yang biasa dan normal, tambahan pula dengan perkembangan peranti2 yang baru seperti 'tablet' ini akan mempercepatkan lagi proses ini. Untuk Malaysia amnya mungkin prosesnya akan memakan masa sedikit.

-dalam satu siri ceramah oleh seorang Eksekutif Google ditanyakan apa yang mungkin berlaku 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang. Dia menjawab beberapa perkara , yang menarik perhatian saya adalah kemungkinan tulisan tangan (Skil) akan hilang. Kembali kepada e-book ,perasaan memegang, mencium aroma kertas dan memiliki sebuah buku pasti nanti akan menjadi sesuatu yang..ermm apa ya perkataan sesuai ..YA!nostalgia(bersifat). Berapa lama lagi?

Hasimi 9:01 PM  

SF, bile MH2 nk d'terbitkn??..dah xsbr dah ni...hehe

sf,  7:35 PM  

Sabda Kalam - buku fizikal akan jadi nostalgia ... ;)

Hasimi - harap dapat bersabar ... insyallah dalam masa terdekat ni

Hasimi 11:11 PM  

ok sy tnggu tau...nway congratez sbb b'jaya siapkn MH2...:))smoga SF dpt tulis lg nvel yg best2 lpas ni...skali lg tahniah...:)

sf,  3:21 AM  

Sdr Hasimi - kata2 anda membuatkan saya bersemangat! Terima kasih! Tinggal sedikit sahaja untuk difinalise sebelum menghantar ke Alaf21.

Gua caya sama lu!

Hasimi 12:55 AM  

bkn ape kkdg2 sy dhagakn karya yg fresh dri pnulis2 tmpatan kita,dan SF slah seorang dri nye...sy suke bce crite2 aksi,fantasi,sai-fai,mcm2 lg la...sy hrp SF dpt memeriahkn lg industri penulisan tempatan...all da best!!:)

sf,  2:18 AM  

Sdr Hasimi ... terima kasih kerana membaca karya yang tak sepertinya ini.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP