Wednesday, April 06, 2011

Mantera Hitam 2

Alhamdulillah, dalam kesibukan mencari rezeki apabila bekerja sendiri, MH dapatlah disudahkan. Hanya tinggal proses mengedit serta tokok tambah sana-sini sebelum menghantar ke meja editor Alaf21.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 pembaca yang menghantar emel, yang bertanya, yang memberi sokongan dan dorongan, yang mengkritik MH 1 - sama ada melalui emel atau di papan FB saya. Sesungguhnya, semua itu bagaikan satu kuasa yang menggerak dan mendorong saya untuk menyudahkannya. Memang satu penasaran sebenarnya untuk menyiapkan sambungan MH 2 ini. Saya tidak menjangka ia menjadi sesukar ini, saya dapat bayangkan bagaimana sdr Ramlee Awang Murshid menyiapkan novelnya yang bersambung-sambung. Memang tabik saya pada beliau.

Dalam masa yang sama, saya menyiapkan pula manuskrip kumpulan cerpen yang kedua. Pada hemat saya, rasanya mahu mencuba pula dengan penerbitan Al-Ameen. Tengoklah bagaimana gerak dan resa hati yang berkata. Sementara manuskrip novel yang akan saya lunasi pula selepas ini adalah, 'Memoir Seorang Vampira' (sudahpun 18 bab - ditulis secara 'main-main' sementara menyiapkan MH2).

Kisah vampira, ya, tetapi saya menghidangkannya dalam bentuk yang berlainan. Meski ada persamaan, namun apa yang pasti saya harus menyiapkannya terlebih dahulu. Tetapi kali ini, saya tidak akan membuat secara bersambung. Nak kata taubat, tak berani, tapi yang pasti saya akan menyiapkannya kisahnya dalam satu kisah sahaja. Fuh, kisah bersambung-sambung ini memakan masa serta gerak fikir dan kerja yang amat menekan perasaan.

Sekali lagi, terima kasih kepada rakan pembaca dan pembeli MH yang menggemari kisah-kisah yang sebegitu. Syukran jazilan ... Doakanlah saya diberi kekuatan untuk terus berkarya dan menghidangkan kisah-kisah yang 'lazat' untuk kalian. Amin.

2 comments:

Oghang Ba Ado 9:03 AM  

tahniah! dah keluar nanti kita beli!

Anonymous,  6:04 PM  

luv mantera hitam... ade smbungan upenye... ptutle suspen je bace yg 1st, pnutup nye trgantung...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP