Friday, January 28, 2011

Hati Yang Berani

Filem Braveheart, tahun 1995 ini masih mendapat tempat di hati saya. Sudah lebih lima kali memamah falsafah dan apa yang tersirat di sebalik filem ini. Namun dalam banyak adegan yang dipaparkan, ada suatu adegan yang menarik hati saya, selain dari William Wallace yang menjadi buah mulut selama 700 tahun, berjuang untuk kebebasan Scotland.

Ketika (dalam filem tersebut), pertemuan antara hero dan puteri, dialognya lebih kurang begini (hanya sedutan dialog yang saya terjemahkan secara bebas) :

Puteri - kamu akan diberikan tanah, pangkat dan harta emas, begitulah cara kedamaian dilakukan ...
hero (senyum sinis) - itu adalah cara untuk menghambakan orang! (bentak)

... saya diam dan melihat senario yang berlaku sekarang.

dan William Wallace terus berjuang hingga ke nafasnya yang terakhir. Orang gila kuasa, tamak harta dan pangkat sejak dari dahulu memang wujud dan tidak akan berakhir sampai bila selagi hati tidak dijinakan. Nauzubillah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP