Thursday, November 25, 2010

Berkenalan Dengan Alam 2

Ahad lepas sempat juga saya dan famili menyinggah di Zoo Melaka sebelum pulang ke KL. Terakhir menziarahi Zoo Melaka entah berbelas tahun yang lepas. Kali ini dengan anak dan isteri, ada kelainan yang dirasakan. Dapatlah juga anak kecil saya mengenali haiwan-haiwan yang selalu ditatapnya di gambar sahaja. Kawanan burung, unggas dan pelbagai haiwan ada di sana. Menariknya berjalan di Zoo Melaka, kawasannya agak teduh berbanding dengan Zoo KL.

Rimbunan pohon menghijau kiri dan kanan perjalanan sewaktu mengamat-amati unggas di situ. Seronok juga, tapi boleh tahan besar juga tempatnya. Kebetulan musim cuti sekolah, jadi penlawat agak ramai. Berdedai sahaja anak-anak yang berpakaian seragam sekolah. Suasana menjadi riuh rendah. Termasuklah anak saya yang pertama kali bersua muka dengan haiwan di situ. Saya pun jadi seronok, menikmati alam semulajadi di situ.

Sang kancil yang bijak bistari, bisa mengalahkan haiwan lebih besar darinya, tapi di sini ... tidak terlawan bijak manusia yang memperdayakannya.

Tapi hati saya jadi kasihan melihat betapa terkurungnya jiwa harimau, burung-burung, kawanan gajah ... di hutan, menjadi raja. Di sini, hanya menjadi bahan tontonan.

2 comments:

cicitHJHASSANu 9:10 PM  

salam tuan...

rindu melihat sang kancil,cerdik dan pintar tapi di pinggiran hutan mainnya..

ahadancoach 11:21 AM  

Bro..itulah lumrah alam yang telah allah susun untuk dijadikan perbandingan bagi yang mahu berfikir kita juga bertari mengikut skrip sang pencipta...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP