Saturday, October 30, 2010

Dari Bergendang - Menulis Untuk Majalah 3

Sumber banner Majalah 3 : sini

Pertamanya, saya harus berterima kasih kepada En Isa (tv3), atas asbabnya, saya dan KGGK terheret ke dalam senarai siaran untuk dokumentari Majalah 3. Kebetulan En Isa mengenali KGGK melalui laman blog. Kemudian dihubungi saya. Saya fikir tentulah perihal bergendang, tetapi apabila nyata jadinya penggambaran tersebut, En Amin (produser Majalah 3) yang menghubungi saya, "Encik Khairul kira macam watak utamalah dalam kisah tersebut, selain ada seorang lagi ...."

Saya tergamam. Entah, agaknya inilah yang dikatakan tuah manusia tiada siapa yang tahu. Walau apa pun saya masih biasa dan tidak terasa apa-apa, cuma sedikit gembira kerana sekurang-kuranya seni menulis dan bergendang masih mendapat perhatian salah sebuah media utama penyiaran negara; saya cuma 'medium' semata. Semuanya sudah tertulis di sana. Saya hanya melakonkan sahaja. Pun begitu, saya amat berterima kasih kepada En Isa yang memulakan segala-galanya. Dan tentulah, kepada En Amin dan krew Majalah 3 yang bertungkus-lumus untuk menjadikan ia suatu realiti.

Baca juga di sini.

Terima kasih kepada En Isa, En Amin dan krew Majalah 3, Bro Farid (asiaphotographer KL), Penduduk Taman Cheras Utama (Blok C - khasnya En Zul dan En Din) dan juga rakan KGGK (Sharul, Alang, Azam dan Soufikh).

Kata En Amin, nanti akan ke Kedah dan Pahang untuk penggambaran seterusnya.

3 comments:

Wahyu Budiwa Rendra 2:53 PM  

tahniah, abg khairul! menunggu siarannya. kata-kata abg khairul yang masih diingati, "kita hanya 'medium' sahaja ren."

sf,  1:37 AM  

Ren, cuma biasa-biasa sahaja. Insya-Allah, nanti saya khabarkan kepada Ren.

ahadancoach 11:10 PM  

alhamdulilah bro...gua dan family mendoakan lu akan terus maju...so skg back up rohani kena kuat beb pasal ujian dah mari....

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP