Tuesday, October 19, 2010

Kisah Anjing Dan Manusia

Perasaan saya bercampur baur apabila melihat gambar yang kononnya Lisa Surihani menyebarkannya di twitter. Saya kira walau apa pun tujuan kedua mereka ini, ia amat tidak dibenarkan dan sama sekali menyalahi baik segi-segi agama, moral serta tata kenormalan masyarakat kita. Tentu sekali si pelaku ini tidak menyangka gambar ini akan tersebar, namun perbuatannya haruslah dikesali dan segera insaf.


153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا. (رواه مسلم

153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim) - Sumber di sini untuk lihat perbincangan seputar kisah di hadith di atas.

Memanglah terdapat isu-isu berkenaan perbezaan mazhab dalam hukum memegang anjing ini tetapi bukan dari segi menyiksa dan membunuhnya hingga sedemikian rupa. Memang kejam!

4 comments:

ummufatihah 4:14 PM  

Salam;

Sekarang siapa yang lebih haiwan dari haiwan...

Anonymous,  11:04 PM  

salam .. .. ermmmmmm .. .. manusia dikurniakan hati .. .. tapi ada hati belum tentu ada hati .. ..




zalimmmmm .. ..




JIWA

sf,  1:52 PM  

Ummu & Jiwa - begitulah resam dunia, selagi kalbu bergelombang ...

Oghang Ba Ado 11:07 AM  

..apa yang mereka cuba buktikan yeah?

..mungkin.. mungkin.. mungkin..

p/s: ..ehmmm..

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP