Friday, October 15, 2010

Ceramah Bengkel Cerpen 10.10.10

Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang pembimbing dalam bengkel AVA. Alhamdulillah, dapatlah juga sedikit pengalaman menjadi pembimbing untuk kali kedua. Kali pertama dengan Kapasitor. Kebetulan Mawar Shafei tidak dapat hadir, jadi saya mengambil alih tempat beliau. Pernah juga dijemput oleh PENA untuk membentangkan kertas kerja, namun ia tidak dapat dilunaskan kerana dimaklumkan agak lewat dan tidak sempat untuk menyediakan kertas kerjanya.

Dengan ada pengalaman yang ada, saya berkongsi dengan perserta yang ada di antaranya sudah ada pengalaman menulis. Juga ada yang masih belajar di IBBKM dalam bidang sastera dan bahasa. Soalan-soalan terjah, alhamdulillah dapatlah dijawab berdasarkan pengalaman yang ada. Terutama pengalaman yang berkaitan dengan penerbit, penghantaran karya, honorarium, persoalan klise dalam cerpen dan sebagainya yang menuntut kepastian.

Syukurlah dalam bengkel yang agak sederhana, premis baru - semuanya memberikan pengalaman yang baru dalam sesi menjadi pembimbing dalam bengkel. Alhamdulillah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP