Saturday, October 16, 2010

Artikel 'Mengapa Yahudi Bijak?' - Satu Penilaian Semula : Bhg 1

Artikel ini sudah lama saya baca. Namun baru hari ini saya tergerak untuk menulis dan mengulasnya berdasarkan carian di intenet (ini yang paling mudah dan pantas) ;). Dari intenet dan menggunakan intenet juga untuk membuat sedikit rujukan ringkas berkenaan artikel yang sudah tersebar luas di merata laman web dan blog. Juga sudah tersebar di kantong emel kita suatu ketika dahulu dan agaknya masih dipanjangkan lagi melalui hingga kini. Sewaktu membacanya dahulu, saya terfikir benarkah artikel ini. Ya, kalau benar baguslah, tapi tidak benar, bagaimana? Saya terfikir-fikir ketika itu, namun ia akhirnya luput dari minda. Sehinggalah hari ini saya terjumpa kembali artikel ini.

Satu perangai saya adalah tidak mudah untuk mempercayai fakta atau cerita yang dilambakan di intenet. Cuma membaca sebagai pengetahuan tapi tidak mudah untuk mempercayainya. Masakan tidak, dunia intenet adalah salah satu punca berlakunya macam-macam perkara dan kekarutan. Tapi tidaklah pula saya menafikan semua, cuma sebagai ingatan agar jangan terlalu cepat dan mudah percaya. Intenet, kan? Faham-faham sendiri sudahlah.

Penilaian atau ulasan di bawah ini dibuat secara bebas dan terikat dengan mana-mana fakta atau menyokong mana-mana kumpulan. Hanya sekadar mengongsi pendapat.

Ia berkaitan artikel 'Bagaimana/Mengapa Yahudi Bijak'. Saya rasa saudara saudari pernah membaca tentang artikel ini. Thesis Dr. Stephen Carr Leon :

"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani "housemanship" di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang kejuruteraan, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya."

Ini adalah permulaan perenggan yang kita baca dalam emel atau mana-mana laman blog atau web yang menyenaraikan artikel ini. Ya, begini. Cuba buat carian di mana-mana enjin pencari tentang tajuk ini. Saya mencuba ayat ini - 'Thesis Dr. Stephen Carr Leon' Ia akan menyenaraikan begini (saya menggunakan Google) - About 103,000 results (0.23 seconds). Itu adalah hasil carian yang akan didapati. Kebanyakannya dalam Bahasa Melayu, tidak banyak dalam Bahasa Inggeris. Hanya dua, tiga laman web sahaja yang permulaannya berdasarkan apa yang disampaikan Hakim Ma'aruf (baca selanjutnya nanti).

Umumnya, sekiranya ia berasal dari Bahasa Inggeris, nama doktor tersebut (lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan Yahudi), tajuk tesis asal tersebut dan apa sahaja yang berkaitan dengan doktor tersebut akan muncul, termasuklah laman web perubatan/psikologi/antropologi kebanyakan di dunia yang menyenaraikan hasil kajian tesebut. Perlu diingat, ini berkaitan dengan ras mereka, tentu sahaja akan muncul. (Hatta sekecil-kecil sumbangan pun akan terpapar, lebih-lebih lagi ia melibatkan tentang aspek kegemilangan orang barat.)

Cuba pula dengan carian begini, Why Jews Are Intellegent. Jawapan yang akan tertera adalah terdapat 2,080,000 results (0.20 seconds). Kebanyakanya dalam Bahasa Inggeris. Antara laman web yang berkaitan adalah seperti berikut - baca sini 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Mana tesis doktor tersebut? Jawapannya TIADA! Teruskan carian anda lagi. Baik, dikatakan artikel tersebut adalah dari terjemahan Bahasa Inggeris. Kalau benar mana? Jawapannya tidak ada! Hanyalah sebuah artikel Inggeris yang diterjemahkan daripada artikel asal yang berbahasa Melayu; bertajuk 'Why Jews Are Intellegent.'Jadi?

"Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?"

Saya cuba pula carian gambar Dr. Stephen Carr Leon. Cuba lihat sendiri hasilnya. Ada gambar beliau? Anda klik sendiri untuk lihat ada atau tiada. Carian atas nama Stephen Carr Leon juga tiada. Carian pada Stephen Carr Leon in California, juga tiada, tidak wujud laman yang sekurang-kurangnya menyentuh perihal lelaki ini. Perkataan ini juga saya cari - Stephen Carr Leon's research, carian di Yahoo juga menemukan jawapan yang sama, tiada orangnya. Di enian carian Wikiworld, jawapan hanya begini sahaja. Dalam enjin carian tersebut saya hanya terjumpa begini ayatnya :

"Tanpa bermaksud untuk mendramatisasi tentang orang Israel dan atau orang Yahudi, saya ingin berbagi informasi yang saya peroleh dari membaca terjemahan H. Maaruf Bin Hj Abdul Kadir (guru besar berkebangsaan Malaysia) dari Universitas Massachuset USA tentang penelitian yang dilakukan oleh DR.Stephen Carr Leon. Penelitian DR Leon ini adalah tentang pengembangan kualitas hidup orang Israel atau orang Yahudi. Mengapa Orang Yahudi, rata-rata pintar ?" Sumber cuplikan : sila klik sini.

Saya cuba pula mencari nama H. Maaruf Bin Hj Abdul Kadir yang dikatakan belajar di Universiti Massachuset. Jawapannya begini. Dan ini yang saya jumpa :

"Menemui saudaraku sekelian, baru-baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupun dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada Perang Dunia Kedua.

Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi, kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy).

Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke Bahasa Melayu, semoga ian dapat memberi manafaat kepada kita dan generasi akan datang. Janganlah kita selalu mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu.

Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ia dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yang baik.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA."

Tulisan adi atas dikatakan adalah pra-kata sebelum dia menterjemahkan artikel berkenaan mengapa yahudi itu bijak. Baik, saya cuba pula cari Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir. Tapi enjin carian Google mencadangkan saya agar mencari namanya begini H. Ma Ruf Bin Hj Abdul Kadir - Universiti Massachusett, USA. Jadi saya cuba, hasilnya adalah begini. Di sini 1, 2, 3, 4 dan seterusnya. Tiada yang tepat. Hanyalah nama yang tertera di beberapa blog yang memaparkan artikel terjemahan beliau. Kemudian, saya membuat carian di laman web Universiti Massachusett, juga tiada jawapan sama ada menggunakan permulaan nama dengan Hakim atau Ma'ruf

Your search - Ma'aruf Bin Hj Abdul Kadir - did not match any documents.
No pages were found containing "Ma'aruf Bin Hj Abdul Kadir".


Saya cari di Wikipedia. Carian di Wikipedia atas tajuk Why Jews So Smart juga tiada menemukan sama ada tajuk atau nama Dr. Stephen Carr Leon. Dikatakan beliau belajar di salah sebuah universiti di Israel. Apa nama universiti tersebut? Ada dalam artikel itu menuliskan tentang tempat beliau belajar? Tiada. Dan di mana doktor ini berkhidmat di California juga tiada. Kalau begitu, artikel ini bikinan siapa dan atas dasar apa 'seseorang' itu menuliskannya? Saya cuba cari nama doktor ini di lapan universiti utama di Israel melalui Wikipedia, namun tidak ada satu pun yang memaparkan nama Dr. Stephen. Jadi bagaimana?

Jadi, habis cerita tentang sama ada nama Dr. Stephen Carr Leon, orang yang dikatakan membuat tentang kajian ini atau Hakim Ma'aruf Bin Haji Abdul Kadir. Cuma dikatakan Hakim Ma'aruf ini adalah seorang guru dari Malaysia.

"Sekedar berbagi dan bahan telaahan dari H. Maaruf Bin Hj Abdul Kadir (guru besar berkebangsaan Malaysia) dari Universitas Massachuset USA tentang penelitian yang dilakukan oleh DR.Stephen Carr Leon. Penelitian DR Leon ini adalah tentang pengembangan kualitas hidup orang Israel atau orang Yahudi." Sumber di sini.

Kalau diamati dalam kebanyakan artikel yang dipaparkan di seluruhan laman web tidak memaparkan tentang Hakim Ma'aruf ini. Terdapat satu atau dua sahaja, yang lain terus menyatakan tentang isi yang kononnya diterjemahkan.

Ulasan demi perenggan (yang saya rasakan perlu) :

Berkenaan dengan fakta-fakta yang dibariskan memanglah benar, Yahudi menguasai sebahagian besar dunia ekonomi dan perniagaan dunia. Tapi semua orang tahu tentang itu. Tapi dalam pada masa yang ia seolah-olah menafikan tentang cendikiawan bangsa lain yang juga dalam pelbagai bidang, bahkan harus diingat bahawa Islamlah yang banyak membawa perubahan kepada dunia barat sewaktu zaman Renaissance tapi menafikan bahawa dunia barat sekarang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan dari banyak segi. Ketika itu dunia barat menghadapi Zaman Kegelapan.

"Mengikut Grolier Encyclopedia, apabila Rom Barat runtuh pada abad ke-5 Masihi, bermulalah Zaman Kegelapan di Barat. Era ini dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana ia berkaitan dengan keruntuhan dua tamadun yang dianggap hebat iaitu Rom dan Parsi. Ketika itu ramai kalangan di Eropah tidak tahu membaca dan menulis dan taraf kehidupan mereka amat rendah sekali. Mengikut seorang tokoh sejarah dari Itali, Flavio Biondo, Zaman Kegelapan ini bermula dengan kekalahan Rom Barat di tangan Visogoths pada abad ke¬5 Masihi." Sumber di sini.

Dalam blog itu juga menulis :

Victor Robinson ketika menceritakan tentang Zaman Kegelapan ini dalam The Story of Medicine berkata, "…Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari.

"Memang benar, tanpa Islam Barat tidak akan kenal sains dan teknologi. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business And Our Way Of Life: Whats Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota. Beliau berkata, "Pada suatu ketika dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia."

Dalam ucapan beliau :

’ll end by telling a story.


There was once a civilization that was the greatest in the world.


It was able to create a continental super-state that stretched from ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts. Within its dominion lived hundreds of millions of people, of different creeds and ethnic origins.



One of its languages became the universal language of much of the world, the bridge between the peoples of a hundred lands. Its armies were made up of people of many nationalities, and its military protection allowed a degree of peace and prosperity that had never been known. The reach of this civilization’s commerce extended from Latin America to China, and everywhere in between.



And this civilization was driven more than anything, by invention. Its architects designed buildings that defied gravity. Its mathematicians created the algebra and algorithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for space travel and exploration.



Its writers created thousands of stories. Stories of courage, romance and magic. Its poets wrote of love, when others before them were too steeped in fear to think of such things.



When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived on them, and kept them alive. When censors threatened to wipe out knowledge from past civilizations, this civilization kept the knowledge alive, and passed it on to others.



While modern Western civilization shares many of these traits, the civilization I’m talking about was the Islamic world from the year 800 to 1600, which included the Ottoman Empire and the courts of Baghdad, Damascus and Cairo, and enlightened rulers like Suleiman the Magnificent.



Although we are often unaware of our indebtedness to this other civilization, its gifts are very much a part of our heritage. The technology industry would not exist without the contributions of Arab mathematicians. Sufi poet-philosophers like Rumi challenged our notions of self and truth. Leaders like Suleiman contributed to our notions of tolerance and civic leadership.



And perhaps we can learn a lesson from his example: It was leadership based on meritocracy, not inheritance. It was leadership that harnessed the full capabilities of a very diverse population–that included Christianity, Islamic, and Jewish traditions. Teks penuh di sini.



Baca juga di sini.



Hanya persoalannya kini, adalah bagaimana umat Islam harus mengembalikan kegemilangan yang kini hanya tercatat di dalam ingatan sebagai kenangan? Di manakah umat Islam ketika ini? Adakah kita masih lagi sibuk berpolemik dengan isu politik yang tidak berkesudahan atau kita masih lagi mahu meninggalkan dari mengamalkan Islam yang digariskan dalam Al-Qur'an dan Hadith, serta tinggalan ulama'? Atau bagaimana kita?



Ada juga mereka yang berfikiran dengan saya, tidak mempercayai dengan penulis atau penyampai artikel ini, sama ada Dr. Stephen Carr Leon atau perawi asal artikel ini Hakim Ma'aruf. Mungkin benar wujud individu-individu ini, mungkin juga tidak benar kewujudannya, bahkan hanyalah rekaan si pencerita asal dengan tujuan-tujuan tertentu. Namun sekiranya pencerita asal sudah diragukan kewujudannya, bagaimana pula dengan cerita yang dikarang atau disampaikan? Ini baru persoalan perawi atau tukang sampai cerita ini ... Wuallahua'lam.



bersambung ... Bahagian 2.



sila baca juga ulasan artikel Mengapa Yahudi Bijak ini di Bedtime Story, Vivire Picoloso dan sini (laman web ketiga ini menyatakan perkataan 'rekayasa penulis')

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP