Tuesday, September 21, 2010

Veteran Perang

Ramadhan sudah berlalu, kini Syawal menguliti kita. Tidak banyak perkara yang menarik untuk diperkatakan kecuali ziarah raya yang biasa. Tapi dalam menziarahi sanak-saudara, ada seseorang yang saya temui. Ceritanya menarik sekali, untuk saya.

Kemudian saya berjumpa pula dengan seorang veteran, yang melalui zaman pemerintahan Jepun, Komunis. Saat itu amat menderita katanya. Tidak seperti zaman kini. Kapal terbang Jepun melintas di udara semahu-mahunya. Peluru berdesing bagaikan bertih dibakar.

Makan beras hancur, kalau ada. Kalau tidak, makan ubi sahaja. Zaman itu, anak-anak dara dicontengkan muka agar tidak dipilih oleh Jepun. Tapi banyaknya lagi masuk hutan untuk menyelamatkan diri. Ada pula yang dinikahkan seawal umur. Anak gadis di zaman itu mebesar dalam ketakutan yang amat. Nyawa bisa diratah tanpa perlu diberikan salam perkenalan. Ajal meniti di tubir hari. Alangkah ...

Sedang kita merayakan Syawal dengan ledakan mercun dan bunga api yang pelbagai urna. Agaknya kalau dalam saat-saat yang benar menghadapi suasana Jepun dahulu, bagaimana ya kita?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP