Sunday, September 05, 2010

Suatu Keterbalikan

Dunia ini sudah macam-macam yang terbalik. Suatu keterbalikan yang sesekali menjentik emosi. Baru-baru ini saya ada bersembang dengan seorang teman. Lama juga tidak bertemu dengannya. Banyak yang diperkatakan, maklumlah sudah sekian lama tidak berjumpa. Tetapi setelah dia mengetahui saya menulis dan bermain muzik tradisional, dia berkata begini yang saya sudah terbalik dan tertinggal dari arus utama (mainstream).

Dia kata, sekarang orang memahsyurkan artis dan nama, hinggakan ditawarkan secara mudah untuk masuk ke IPTA. Saya tanya betulkah, sebab saya tidak mengambil tahu sangat tentang dunia artis ini. Ya, katanya. Kalau tidak percayanya cuba lihat di intenet. Pagi tadi saya cuba lihat, ya, memang benar katanya. Artis atau penghiburlah yang dimahsyurkan oleh manusia kini. Tidak pernah pula artis muzik tradisional ditawarkan sehingga begitu sekali. Begitulah taraf artis muzik tradisional. Ini namanya rezeki orang siapa yang tahu.

Kalau tidak pun, buat sahaja seperti Namawee, budak otak separuh masak dan hingus hijau meleleh, pasti popular tidak tentu fasal. Kalau tak percaya, sila lihat sini.

Sebelum kami berpamitan, dia secara bergurau mengatakan bahawa dunia penulisan dan bermain muzik tradisional tidak akan pergi ke mana. Saya cuma senyum, ya teringat kisah yang diceritakan oleh Prof. Dr Rahman Shaari - memang benar! Saya ketawa sendirian, alangkah ...

4 comments:

Kronikel Bento 3:20 PM  

Pada pandangan saya, kita tak pernah ada arus perdana (mainstream), yang ada ialah pelacur.

MATMIN 11:28 PM  

Mungkin sebab artis pakai seksi maka bayarannya mahal hehehe

sf,  11:46 PM  

Kronikel Bento - hahahaha

Mat min - hahaha, kacau betollah Mat Min ni ....

puteri 11:29 AM  

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP