Saturday, July 10, 2010

Sekitar HSKU 2010

dua gambar terakhir diambil dari FB Nazmi Yaakub

Suasana di IB memang indah, tetapi tidak menyeronokan. Walau apa-apa pun tahniah dan berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada tenaga kerja di belakang tabir HSKU 2010 yang bertungkus lumus untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar. Suasana formal terlalu mengikat untuk saya bergerak dan berbual sembang dengan rakan penulis yang saya kenali. Kiri kanan saya, rakan penulis baru yang saya kurang kenali. Hanyalah sempat berbual dengan dengan rakan penulis ketika berbaris di belakang pentas.

Ternyata Dayang Nur Faizah lebih laku untuk diambil gambar bersama jika dibandingkan para pengkarya.

Berbanding dengan beberapa tahun lepas, acara ini diadakan di dalam suasana yang lebih santai. Kita boleh bergerak ke mana sahaja untuk berbual dengan rakan yang sudah lama tidak disapa. Di IB, keras di atas kerusi sambil mendengar ucapan yang pelbagai. :)

Sempat saya berbual dan menyapa dengan SM Zakir, Rozais, Marsli N.O Pak Malim Ghazali, juga Neddo (rakan Kapasitor dan ahli AVA). Yang selebihnya hanya senyum-senyum, kerana tidak berapa mengenali mereka.

9 comments:

MATMIN 3:09 AM  

Tahniah bro.... senyum lebar nampak...

sf,  9:50 AM  

Mat Min - terima kasih kembali, insyallah, sama-sama kita. :)

GoRN 10:13 AM  

SF..kalau tak zoom in pun boleh tau mana satu hang. senyum sikit punya manis sampai ke telinga. heheh[gurau]

Nadia khan masuk paper utusan mingguan ini hari. kata Rozais Al-Anamy, Penulis muda menyerlah. Nama Niddo di tembak. aku cari-cari mana nama hang. Tak ada.

lain kali jangan senyum panjang-panjang sangat SF. orang dah taknak panggil kita orang muda lagi dah.

Serunai Faqir aka SF 11:42 AM  

Gorn - hahaha
Ada, hang tak perasan ... kuasa cermin mata kena tambah agaknya tu ...

Putri Lily 9:40 AM  

Salam Khar,

Tahniah dari Lily. Turut berbangga kerana ada juga yg lily kenal dalam majlis HSKU 2010.

Bukan main segak lagi berbaju melayu. Neddo pun manis amat. :)

Tahniah sekali lagi.

~Putri Lily~

GoRN 12:20 PM  

hehehe...sungguh kena tambah kuasa cermin mata gua ni bai.
apa pun tahniah di ucapkan. segak bergaya dengan persalinan baju melayu!

sf,  12:54 PM  

PL -salam sastera utk PL
Insya-Allah ada juga peluang utk PL naik ke podium kiranya bersungguh-sungguh menulis dan tidak pernah kenal putus asa serta tidak jemu.

Gorn - Sepatutnya pakaian kena baju batik, tapi aku tak selesa pakai baju batik. hehehe

GoRN 8:49 PM  

Bab langgar hukum serah kat hang SF..hehehe

lu pakai batik serius macam YB gua cakap. Sungguh!

nasib lu tak pakai. kalau tak, mesti orang hulur gunting dah kat lu. faham-faham la...main potong riben la kita yek..

sf,  2:49 PM  

Gorn - hehehe
Sebab tu gua tak pakai batik! Nanti lu kena panggil gua dato' sf pula! :)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP