Tuesday, June 01, 2010

Perkahwinan dan Segar

Semasa menonton rancangan Cari Menantu, tv9, saya terbayangkan pakcik tersebut menjawab begini apabila ditanyakan bagaimanakah dia dapat mengekalkan perkahwinannya supaya sentiasa segar.

Pakcik : Pakcik sentiasa pergi pasar segar dan membeli barangan yang segar sahaja. Yang tak berapa segar pakcik tak beli.

Pengacara : ( ? ) Selain itu pakcik?

Pakcik : Sentiasalah kita bersenam supaya badan sentiasa segar.

Pengacara : ( ? ) Lagi?

Pakcik : Untuk sentiasa segar lagi, amalkanlah berdiri di hadapan peti ais selama sejam setiap hari. Insya-Allah perhubungan akan sentiasa segar. Oh ya, seperkara lagi, jangan lupa minum susu segar ...

Pengacara : ( ? sambil tersenyum).

2 comments:

Nunn 10:32 PM  

bernas jawapan pakcik tu

MATMIN 7:27 PM  

saya suka bab berdiri depan peti ais...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP