Tuesday, May 11, 2010

Sekeping Nota Buat Si Pemarkir


Pagi itu, saya menghantar anak ke rumah pengasuh. Lensa pandangan saya segera tertancap pada sekeping kertas yang diletakkan di cermin hadapan kereta tersebut. Keretanya menyebabkan saya terpaksa pusing jauh dan melaluinya semula. Saya tidak dapat menahan nafsu untuk melihat kepingan nota itu.

Sedang asyik membaca dan mengambil sekeping foto, saya ditegur oleh seorang pakcik yang mengatakan kereta itu milik anaknya. Dia lambat sampai dan terpaksa parkir di situ. Saya cuma mengangguk, tidak mahu berkata apa-apa. Kemudian saya senyum dan berlalu. Khabarnya, kereta tersebut menyebabkan kesesakan di blok tersebut pagi itu. Kedudukan parkirnya betul-betul di bucu jalan dan menyebabkan kesukaran kereta lain untuk keluar masuk.

Di kawasan rumah flat memang banyak yang aneh-aneh begitu! Jangan-jangan saya juga termasuk dalam katogeri aneh di pandangan mata mereka kerana jarang bercampur dengan mereka :) Hanya tegur-tegur begitu sahaja.

4 comments:

ummufatihah 2:51 PM  

Salam SF. Akak follow blog nih. Actually Akak pun selalu fikir benda aneh ni. Kita rasa aneh tengok sikap orang tapi pada masa yang sama orang lain pun mungkin aneh pulak tengok kita. Dan kita rasa aneh apasal orang aneh tengok kita. Wallahua'lam.

sf,  3:19 PM  

Kak Ummu,
Maknanya kita semua juga aneh! hehehe

coachahadan 10:30 PM  

he...pengalaman yg biasa apabila kita duduk dikawasan rumah pangsa...gua dulu ada pengalaman yg lebih kurang sama...dan gua adalah org yg letak nota tu ...hehhehehe...
Aneh tak aneh kita kena cari keanehan tu....aneh...aneh...

e r i . t h e . a r t . l o v e r . 10:33 AM  

Biarkan mereka mamandang kita aneh saudara, kerana mereka yang sebenarnya sama sahaja.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP