Monday, May 17, 2010

RIP Dio

Apa yang saya tuliskan ini bukanlah suatu yang patriotik. Hanya untuk kenangan masa lalu. Lewat pagi ini penyanyi lagenda metal, Ronnie James Dio pergi untuk selama-lamanya akibat kanser perut.

Seawal tahun1985 (tingkatan 1) saya sudah mengenali grup metal ini. Dengan album The Last In Line, saya mula menggemari irama metal yang menjadi kegilaan anak-anak muda ketika itu. Saya tidak terkecuali. Dengan imej makhluk aneh dan lambang corna yang dipopularkan oleh beliau, Dio menjadi sebuah grup yang tersohor ketika itu. Kebetulan abang kepada rakan kami (Ami) baru sahaja pulangdari US. Dan budaya metal ini mengikuti beliau kembali ke tanah air. Saya yang ketika itu hanya mengenali Scorpions mula beralih angin dan menyesuaikan diri dengan lagu-lagu dari grup ini.

"Today my heart is broken, Ronnie passed away at 7:45am 16th May. Many, many friends and family were able to say their private good-byes before he peacefully passed away. Ronnie knew how much he was loved by all. We so appreciate the love and support that you have all given us. Please give us a few days of privacy to deal with this terrible loss. Please know he loved you all and his music will live on forever."

- Wendy Dio

sumber petikan : http://www.ronniejamesdio.com/

Ya, apa pun yang bermula pasti ada kesudahannya. Begitu juga kita, suatu masa pasti ada kesudahannya. Metal, atau rock (istilah yang disalahgunakan oleh pelabel-pelabel muzik di sini) adalah suatu manifestasi perjalanan jiwa yang memberontak. Metal adalah suatu kemarahan.Metal juga dalah suatu bentuk resah jiwa yang disalurkan melalui muzik. Memberontak pada suatu keadaan yang pastinya menjadi ikutan pada jiwa yang sama. Yang pasti, keterbatasan dalam suatu perkara adalah penting untuk dirasionalkan, itu sahaja. Tepuk dada, tanya iman.

Dio adalah sebuah kumpulan metal lagenda yang menjadi kenangan.Pasti saya teringat kembali kenangan lama apabila Holy Diver berkumandang!




3 comments:

annie 12:16 PM  

salam silaturahim, sobat ...
meski aku gak suka metal, disini aku sedikit tahu info tentangnya.
kanser perut penyebabnya, ya.

ahadancoach 5:39 PM  

yer....perjalanan Ronnie James Dio dah tamat. Teringat masa tu ya allah punya menggila dan akhirnya turut berubah pd ketika ini...turun kat anak pulak..boleh layan lagu2 cam gini dan SEARCH dah pasti...

sf,  2:28 PM  

annie - salam persahabatan kembali.
Metal cuma tinggal kenangan sahaja.

Abg Bro - pusingan sudah bermula ... hehehe

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP