Sunday, May 30, 2010

Permata Auroris Bersama Kenangan

dapatkan di sini

Kenangan adalah belati yang menghiris,

Pertengahan tingkatan lima 1989, ketika bunga-bunga cinta mula bertunas, saya berkenalan dengan novel ini. Saat itu jugalah minat membaca mula timbul, dan diteruskan dengan komik-komik beladiri Cina yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Di kalangan kami, siapa yang tidak membaca novel ini seribu kenangan ini? Malah mat-mat rock kapak di sekolah pun mengulitinya. Tidak lama kemudian di sambut pula dengan Kota Arialun.

dapatkan di sini

Ketika Kembar Artakus terbit, saya sudah hampir menamatkan zaman persekolahan yang penuh keindahan.
Wajah Kembar Artakus sudah berubah, saya akan mendapatkannya nanti, demi kenangan.

Kenangan adalah belati yang menghiris
,

Ketika khabar-khabar angin bertiup bahawa novel bersiri ini akan diterbitkan, saya senyum sinis. Benarkah? Mampukah saya mempercayainya? Atau lebih tepat, bolehkah saya mempercayainya? Dan dengar khabar beliau akan menerbitkan sebuah lagi novel kesinambungan siri yang lepas, tapi entah bila agaknya.

Kenangan adalah belati yang menghiris,

Kini, 2010, novel diulangterbit untuk kesekian kalinya. Saya terpaku menatapnya, dengan seribu kenangan yang menjelma. Semoga malam ini, mimpi-mimpi indah memenuhi taman lenaku.


Bengkel Bersama pengarangnya, Ahmad Patria Abdullah akan diadakan pada 13 Jun 2010. Sesiapa yang berminat, boleh mendaftar dengan merujuk di sini.


Kenangan adalah belati yang menghiris
darah ingatan pun mengalir pedih
adakah kau akan berulang kembali?

Cheras Utama

KL.

1 comments:

Anonymous,  8:26 AM  

Kembar Artakus... masih ku ingat lagi buku ini.... menarik....

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP