Monday, April 05, 2010

Antara Katana Dan Sundang

Pertama kali saya menghantar cerpen ini pada 16 Jun 2009 tapi tidak tersiar. Kemudian saya menyemaknya semula dan melakukan sedikit perubahan dan menghantarnya sekali lagi pada 20 Januari 2010. Hanya semalam (4 April 2010), ia tersiar. Agak lama juga, hinggakan saya hampir terlupa. Tapi pesanan ringkas daripada Amir Hamzah membuatkan teringat semula cerpen yang tajuknya juga saya tidak berapa pasti.

Yang pastinya, ia memakan masa untuk tersiar. Bukan sebulan dua, malah menjangkau hampir 10 bulan untuk tersiar. Jadi, proses ini berbeza dengan cerpen-cerpen saya sebelum ini. Bermakna satu-satu karya/cerpen/puisi yang dihantar tidak semestinya tersiar awal; boleh juga berlaku sebaliknya. Kemenangan yang lalu (harus diingat oleh setiap penulis) bukanlah tiket untuk karya anda tersiar dengan serta-merta.

Hanya sabar yang menjadi azimat penguat semangat. Dalam dunia penulisan, sesiapa yang tidak sabar dan kuat semangat, akan layu begitu sahaja. Tiada siapa yang mampu untuk menghembuskan semula mantera lama agar semangatnya kembali pulih, melainkan dirinya sendiri. Berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang tidak putus-putus adalah perkara yang tidak dapat tidak menjadi satu kemestian agar tidak luntur semangat dan azam untuk menjadi seorang penulis; apatah lagi menjadi penulis sepenuh masa.

Dalam dunia penulisan yang penuh dengan ranjau dan onak, seseorang wajib bersabar andainya benar-benar mahu menjadi penulis. Pernah juga saya menghantar berkali-kali, mencuba berpuluh kali, malah beratus kali menghantar karya untuk menembusi tembok kebal majalah 'itu', akhirnya membuahkan hasil. Itu merupakan satu proses dalam menggarap kesabaran agar tidak mudah terjerumus ke lembah kelayuan dan paah semangat.

Bagi diri saya yang masih baru dalam dunia penulisan, juga pesan kepada teman-teman yang bercita-cita untuk menjadi penulis agar sabar sentiasa dan tidak melatah dalam mendepani permasalahan yang timbul. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, kecuali kita melarikan diri dari mendepani masalah tersebut. Persoalan yang lebih besar dan menuntut kesabaran yang amat tinggi apabila berkaitan dengan penerbitan manuskrip novel. Iaitu, berkaitan dengan penerbit yang mempunyai seribu satu macam kehendak; sama juga dengan penulis yang mempunyai seribu satu macam karenah dan kehendak. Itu semua dapat diatasi dengan berbincang dengan elok dan bukannya melarikan diri begitu sahaja.

Nah, itulah dunia penulisan dan penerbitan. Barangsiapa yang terjun ke dalam dunia ini dengan tiada kesabaran, maka tinggallah cita-citanya begitu sahaja. Penuh dengan kekecewaan dan kekusutan yang amat; apatah lagi hanya dengan mendengar cerita-cerita rakan dan khabar angin yang tidak diketahui benar atau tidak. Siasatlah terlebih dahulu, pastikan bahawa anda datang berhadapan dengan para editor yang sabar mengendalikan karenah penulis. Ke rumah penerbitan manapun kamu pergi, masing-masing ada peraturan dan juga tidak ketinggalan dengan karenahnya yang tersendiri.

Ya, pokok pangkalnya sabar. Itu sahaja.

p/s : Terima kasih kepada editor yang mengendalikan dan menyiarkan cerpen ini.

13 comments:

sf,  4:03 PM  

Terima kasih,
saya menunggu cerpen Lea untuk tersiar pula. :)

Mak Su 5:56 PM  

tahniah....

sangat sabar

saya ada sesuatu brg hanta kat penerbit, setahun dah kot... masih senyap, tapi responnya ok. saya dok saspen tunggu keputusan... huhuhuh

Putri Lily 6:15 PM  

Tahniah SF,

Insya-Allah nak cuba sesabar mungkin. Moga akan dapat manfaatnya. :)

~Putri Lily~

sf,  11:38 PM  

Mak Su - Insya-Allah ada hasilnya, saya doakan moga diterbitkan dengan segera. Amin.

PL - sabar adalah kunci segala kejayaan. Moga PL terus sabar dan berusaha agar karya diterbitkan/disiarkan. Teruskan usaha dengan gigih, kejayaan pasti menanti di situ. Amin.

LeaQistina 11:41 PM  

AK,

Lea tak rasa cerpen Lea blh tersiar.. hehe... :D

Serunai Faqir aka SF 11:49 PM  

Lea - insya-Allah mampu tersiar, asal sahaja kena tema cerpen Lea dengan majalah tersebut. :)

Kalau mahu, bisa sahaja AK semakkan cerpen Lea. Emelkan sahaja kepada AK. Nanti AK beri komentarnya.

MATMIN 12:27 PM  

Salam, AK tahniah, cerpen Katana dan Sundang penuh makna..

Water Lily 10:09 AM  

Salam,
Banar kata Khar. Kesabaran tahap tinggi diperlukan untuk memasuki bidang ini.

Caerpen"Ume Terlewat Kemabng' akak tu mengambil masa 3 bulan untuk disiarkan.

Cerpen PCW pula terperuk di majalah 'itu' selama berbulan-bulan dan hanya mengambil masa selama 3 hari sahaja untuk tersiar di ruangan BH.

Barangkali semuanya terpulang kepada rezeki. Banyakkan berdoa & cari jalan keluar jika hilang magis motivasi :)

Kepada yang baru hendak memulakan langkah petama, teruskan!

Jangan takut macam saya. (sehinggalah saya bertemu AVA, Khar dan mengenali Puan Nisah, Kak Maria, sifu Azmah Nordin)

T.kasih. Semoga AVA akan teru slestari dan selamt maju jaya untuk Khar juga :)

Serunai Faqir aka SF 2:36 PM  

Kak WL,

terima kasih, sama-sama kita berusaha ke arah itu. Kejayaan hanya menunggu orang-orang yang sabar.

Serunai Faqir aka SF 2:37 PM  

Mat Min - saya menunggu cerpen sdr pula. :)

puteri 10:54 AM  

thniah n gudlak

admin 2:05 AM  

http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP