Sunday, December 06, 2009

Anak-anak Kita

Orang kita masih berangankan bulan jatuh ke riba. Masih lagi menatap wajah pungguk yang sedih amat. Tidak dikira lagi anak-anak kita yang sudah jauh hanyut ke dalam rahang hedonisme. Segala macam hiburan dan nyanyian saban hari disodorkan pada anak-anak kita. Terpanggil lewat membaca betapa di pameran sains robot di Jepun (Utusan Malaysia), saya merasakan bahawa bangsa kita sudah jauh ketinggalan. Dikatakan bahawa dalam masa 15 tahun lagi, pereka robot Saya di Jepun mampu menghasilkan robot yang seakan-akan bersifat manusia.

Itu belum diceritakan bahawa IBM pada persidangan super komputer, mengumumkan betapa mereka mampu untuk mencipta simulasi komputer yang mampu untuk mengadaptasi fizikal dan emosi manusia. Ya, mereka bukan Tuhan untuk mencipta apa pun yang akan sama seperti manusia (bahkan seekor nyamuk pun mereka takkan sama), tetapi ikhtiar mereka dalam menjalankan misi konspirasi itu berterusan. Termasuklah propa yang mereka hasilkan dalam menghancurkan Islam.

Di manakah wajah anak-anak kita? Memang betul ada penciptaan baharu yang dihasilkan, tapi di manakah hasil mereka? Seperti pesta konvo yang saya hadiri di UiTM, pelbagai rekaan dan ciptaan menarik dihasilkan, tapi di manakah rekaan mereka? Betapa anak-anak tempatan yang dinafikan bakatnya. Maka, tergambarlah seperti anak-anak kita keseluruhannya tidak mempunyai sebarang misi dalam memajukan bangsa kita. Ada memang ada, tapi hanya sebahagian kecil sahaja yang menyedari hakikat bahawa bangsa kita mesti bersaing dalam apa jua segi.

Begitu juga dalam penghasilan karya bertulis kreatif. Setiap apa yang dihasilkan, didokumentasikan dalam bentuk fizikal yang akan dibaca oleh generasi kita sampai bila-bila. Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa lewat karya anak-anak kita masih berselingkuh di dalam daerah cinta melankolia yang tidak berkesudahan. Sedangkan di negara-negara maju sudah jauh menghasilkan karya kreatif bersifat propa yang sangat menakutkan jika diketahui apa yang tersirat.

Ambil contoh karya Harry Porter yang digilai di seluruh dunia. Betapakah sedikit yang menyedari bahawa propa yang disuntik ke dalam karya tersebut amat besar dan berkait rapat dengan iluminati. Sayang, anak-anak kita tidak mahu melihat dalam-dalam karya tersebut. Hanya yang dipolemikkan adalah fantasi pengarang yang dikatakan terlalu jauh berimiginasi. dan bersifat pop. Apakah kita tidak menyedari bahawa memang benar-benar wujud sekolah yang mengkaji budaya itu di Scotland? Di bawah program Western Esotericism, semua itu wujud tapi tentunya diubah dalam karya kreatif pengarangnya.

Sama-samalah kita memikirkannya. Wulallahua'lam.

5 comments:

s.c.h.u.l.t 10:52 PM  

Saya setuju abang sf! :)

Tengok sahaja filem Hollywood yang diadaptasikan dari fiksyen sains seperti 'Gamer' atau 'Surrogate'. Kebanyakkannya punya idea yang jauh dari kebiasaan.

Lari jauh dari Cinta Melankolik.

Ambil contoh 'My Sister's Keeper'. Tema berat tapi menarik sehingga menyentuh jiwa. Harap karya orang kita akan jadi setinggi itu tapi mungkinlah, di Malaysia kisah Cinta masih dijunjung sebab permintaan.

:)

sf,  11:06 AM  

Kita doakan moga-moga kita akan sampai ke tahap itu, Schultz - amin.

paw 2:38 PM  

"Betapa anak-anak tempatan yang dinafikan bakatnya." - Setuju....

"Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa lewat karya anak-anak kita masih berselingkuh di dalam daerah cinta melankolia yang tidak berkesudahan." - Sebab kita banyak disuapkan dengan cerita sedemikian.

"Sedangkan di negara-negara maju sudah jauh menghasilkan karya kreatif bersifat propa yang sangat menakutkan jika diketahui apa yang tersirat. " - Barangkali kurangnya kosakata sains(atau bidang lain yang sealiran) yang menyebabkan pengarang-pengarang menulis hal-hal yang mudah.

sf,  3:30 PM  

Paw - kosa kata atau istilah kita ada, termasuklah istilah-istilah arkaik yang jarang digunakan tapi ada; atau mungkin menggunakan istilah pinjaman dari mana-mana, itupun terhad; setelah benar-benar tiada istilahnya dalam Bahasa Melayu.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP