Saturday, November 28, 2009

Masa - Alasan Terklise!

Lama saya perhatikan bahawa ramai penulis yang ingin menulis menjadikan 'masa' sebagai alasan terklise dalam dunia untuk menidakkan bakatnya yang ada. Dan barangkali ini adalah suatu perkara yang acap disentuh oleh rakan-rakan penulis yang sudah berada di hadapan. Ya, benar sekali, masa yang diberikan adalah 24 jam sehari.

Jadi, kalau benar-benar ingin menulis, saya yakin 5 minit yang dihabiskan dengan bersungguh-sungguh pasti dapat menghasilkan sesuatu. Mungkin tidak banyak, barangkali tiga, empat baris ayat dan itu sudah mencukupi. Kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan serta adik-adik yang mahu menceburi bidang ini, jangan jadikan 'masa' sebagai musuh anda. Jadikanlah ia sebagai sahabat karib yang sememangnya sentiasa bersama kita. Nanti suatu masa, 'masa' akan berbisik, 'nah, gunakan diriku, 5 minit ini untuk menukilkan sesuatu.'

Insya-Allah, jika kita melapangkan diri kita untuk 'masa', nanti 'masa' akan melapangkan dirinya untuk kita. Percayalah!

3 comments:

Amin-MASSA 10:04 AM  

Satu nasihat yang baik... Jangan jadikan masa sebagai 'musuh' kita...

ahadancoach 9:30 PM  

Demi Masa Sesungguhnya semua manusia berada didalam kerugian... hadis mengatakan gunakan 5 sebelum dtgnya 5..muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati.....jika anda telah berada di dalam zon penulisan sepenuh masa...tanamkan dlm diri dan letak kan di minda separuh sedar yg anda BOLEH melakukannya...

Bunnybaby 11:12 AM  

Aduhai, mengemaskini blog pun tidak cukup 5 minit, apatah lagi menulis karya kreatif ya?

Mungkin bukan masa menjadi halangan utama. Hendak memulakan sesuatu pekerjaan itulah yang paling sukar. Sebab itu juga orang Cina berpepatah 'perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama'.

(Sekadar pendapat, walaupun belum termasuk golongan yang menulis karya kreatif :-p )

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP