Thursday, October 08, 2009

Benarkah?

Saya sudah lama mempunyai syak wasangka yang sedikit berbeza dari pandangan biasa. Sejak mengetahui bahawa sejarah di dalam dunia ini ada jenis. Yang pertama adalah sejarah semula jadi, yakni sejarah yang berlaku secara alamiah. Misalnya berlaku kepupusan dinosor ataupun letupan atau bencana alam yang terjadi dahulu. Kemdian dikatakan pula 'sejarah terancang', yakni sejarah yang dirancang oleh seseorang atau pertubuhan atau organisasi peringkat tinggi yang dirancang dengan rapi dan sejak dahulu lagi. Umpamanya relvolusi Bolshevik dan Revolusi Iran, pemecahan negara Rusia kepada negeri-negeri yang lebih keci. Itu satu perkara.

Dan apabila saya membaca artikel di mana sebahagian besar keluarga di Atlanta menolak untuk membenarkan anak mereka dikenakan vaksin untuk mencegah H1N1; atau membenarkan tetapi dengan perasaan bimbang akan kesan sampingan vaksin ini. Pada tahun 1976 , ketika wabak ini melanda, seramai 49 juta rakyat Amerika diberikan vaksin ini apabila demam ini melanda. Akibatnya berakhir dengan banyak saman yang difail di mahkamah menuntut gani rugi akan kesan sampingan yang ditanggung dan sesetengahnya mengalami keadaan lumpuh yang dinamakan Guillain-Barre syndrome. Tapi saya tidak pasti pula dengan wabak yang melanda seluruh dunia sekarang ini.

Namun persoalan yang bermain di benak saya, adalah apa benar-benarkan wabak ini melanda ataupun ada konspirasi di sebaliknya. Ini seperti merbahaya bunyinya tapi saya dapat rasakan bahawa inilah yang dikatakan sebagai mengalih pandangan dunia terhadap apa yang sedang berlaku. Ya, tentu sekali saya bermaksud dalangnya adalah Amerika yang melakukan ini semua. Baik, cuba kita perhatikan apakah isu yang sedang melanda dunia? Bukankah sekarang ini puak Yahudi sedang mengambil tanah-tanah di Gaza untuk didudukki. Kononnya Amerika mengecam tindakan kaum Yahudi Israel kerana melakukan perkara tersebut tapi ia terus berlaku. Jadi (seperti yang kita tahu) apakah cara untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap perkara tersebut?

Ya, umumkan wabak merbahaya sedang melanda dunia. Persoalan yang saya timbulkan lagi, dari mana dan siapakah yang melakukan semua ini? Apakah kita tidak terfikir selain merupakan propaganda Amerika, ada yang mengaut keuntungan dari hasil penjualan vaksin ini ke seluruh dunia selain dari isu yang saya sebutkan di atas. Cuba selidik lebih lanjut, negara manakah yang mengeluarkan vaksin ini, di manakah syarikat itu beroperasi. Disamping itu, hati saya gusar sekali, mengatakan bahawa penggunaan vaksin ini adalah merupakan sebagai satu ujian secara global untuk melihat sejauh manakah keberkesanannya; dalam erti kata lain, manusia menjadi tikus ujian di makmal yang lebih luas.

Sekiranya ia tidak berkesan, laporan akan sampai ke meja mereka dan tindakan untuk mengubah atau menambahbaiki kandungan ubat akan segera dijalankan. Ya, untuk apa? Untuk memastikan dana mereka sentiasa dipenuhi oleh duit-duit yang percaya bahawa vaksin itu adalah sebagai jawapan kepada masalah wabak ini. Kiranya berkesan dan terbukti merupakan remedi kepada wabak ini, maka pengumuman dan siaran-siaran dari televisyen mereka akan segera menghantar maklumat secara digital ke negara lain bahawa benarlah vaksin yang ada sekarang ini adalah remedi terbaik pada penyakit yang masih menghantui masyarakat dunia.

Baik, sekarang ini berita tentang H1N1 sudah beransur perlahan, akan datang pasti akan ada wabak baru yang melanda seperti yang lepas. SARS yang melanda secara tiba-tiba, dihebohkan bahawa ia adalah penyakit berbahaya. Dan secara tiba-tiba kes selsema burung itu senyap fana bagaikan tidak pernah terjadi. Dan adakah ini juga termasuk dalam sejarah yang telah dirancang? Wauallahua'lam. Kata Nabil - Lu fikirlah sendiri!

9 comments:

s.c.h.u.l.t 5:40 PM  

ye mungkin. macam ada propaganda je semua ni.

~NurFa~ 6:25 PM  

saya juga pernah terfikir kemungkinan begini dan kadang-kala saya fikir ada satu organisasi yang merancang semua ini terutama sekali dengan isu perang dan keganasan.

sf,  11:33 AM  

schult - Saya kuat merasakannya.

Nurfa - Ya, dalam dunia ada seribu satu macam kemungkinan, dukar untuk ditelah.

Ainin Naufal 10:36 AM  

macam2 teori konspirasi.

~wabak dicipta di makmal utk:

*keuntungan pihak tertentu.
*mengalihkan pandangan dunia kpd isu yang lebih besar.
*mengurangkan populasi manusia yang semakin meningkat.
* sila fikirkan sendiri.

Zalisa Maz @ ZN Isa 1:39 PM  

konspirasi yek, ada seorang blogger membangkitkannya lama dulu. logik juga analis dia.

sf,  1:07 PM  

AN - Itu yang kita kena berhati-hati.

ZN - Memang logik serta darjah kelogikannnya hampir pada kenyataan, malah saya yakin bahawa ia adalah kebenaran.

~nurie!~ 1:38 AM  

salam abg sf.
ada kemungkinan juga..tapi kalau benar pun kebenarannya takkan terdedah..kerana mereka raja konspirasi.
lihat saja peristiwa 11 sept. sampai sekarang teori konspirasinya masih belum dileraikan. logikkah kalau hampir 90% pekerja yahudi tak datang kerja di wtc pada hari kejadian? semua orang pun boleh fikirkan?..

Jue 11:37 PM  

kalau betul dirancanga...sungguh menakutkannn...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP