Sunday, July 19, 2009

HSBI Ke 12 & HSDT Ke-VII

Bersama rakan-rakan di kafetaria Menara DBP

HSBI Ke 12 - Semua rakan-rakan menyatakan perkara yang sama; sudah hampir terlupa akan karya yang dihantar untuk dipertandingkan. Masing-masing menyangkakan bahawa HSBI Ke-12 ini memang tiada, tapi alhamdulillah tanggal 17 Julai, acara pemyampaian hadiah diadakan. Seawal pagi, saya sudah menghubungi Ustaz Azman - bersembang, berbincang perihal dunia penulisan (ya, apa lagi kalau bukan dunia penulisan?). Bagi saya acara sebegini yang menyeronokkan adalah dapat berjumpa dengan teman-teman dalam arena yang sama. Cumanya, majlis ini bermula agak lewat.

Pada masa yang sama, sempat juga saya bergosip dan bertukar maklumat dengan sidang editor, Sdr Rozlan (Utusan) dan sdr Ruslan (DBP). Kepalang seronok saya kerana dapat berbicara dari sudut yang berbeza - dunia editorial, tapi masih berkait dengan dunia penulisan. Sehabis majlis, saya tidak lama, bergegas sahaja ke Pudu untuk menuju ke Johor Bahru - untuk majlis HSDT.

Sdr Ruslan, saya dan sdr Rozlan

Gambar semua penerima penghargaan

Pengkisahan HSBI juga di blog Nisah Haron, Rozlan MN. Gambar-gambar juga diambil blog mereka.

Kali ini, sdr Zulkhair menjadi rakan berbicara setelah menerima pesanan ringkas dari beliau beberapa hari sebelum majlis. Malam terus berlari dengan pantas, majlis sastera yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor dapat menyegarkan jiwa saya walaupun agak keletihan. Hidangan yang saya dapat nikmati dengan tenang dan damai, walaupun sedikit mengantuk. Teringat semasa berbual dengan rakan editor saya sebelum itu yang mengatakan bahawa jemputan arits adalah bertujuan untuk menarik orang ramai agar hadir. Tapi majlis HSDT membuktikan tanpa artis yang glamor, majlis tetap meriah malah sambutannya jauh lebih hangat berbanding dengan acara sastera yang diserikan oleh artis popular.

Dengan sdr Zaid Akhtar

Barisan Penulis

Cukup dengan jamuan Zapin, lagu-lagu puisi, drama Monolog (skrip oleh sdr WB Rendra - wow!). Tidak cukup dengan, hidangan lagu berunsur patriotik dan cintakan negara melengkapi majlis yang gilang-gemilang itu.Tak perlu artis glamor pun. Tempat menginap juga kelas pertama, kiranya duit yang disalurkan dapat jugalah penulis merasa dihargai oleh YWJ. Disamping itu wajah-wajah yang saya kenal juga berada di HSDT - Zaid Akhtar, Zaharah Nawawi, Mawar Shafei, WB Rendra, Shamsudin Othman. Paling istimewa bagi saya adalah melihat Pak Matlob diberikan penghargaan yang sewajarnya. Terserempak juga dengan sdr Nimoiz TY diperjalanan ke Dewan Persada.

Antologi pelbagai genre HSDT 2007

Pagi keesokannya saya bergegas pula ke Parit Raja, Batu Pahat kerana memenuhi undangan bermain gendang di sana. Hari yang memenatkan tetapi mengujakan. Semuanya atas izin Dia.

p/s - Di manakah agaknya buku antologi HSBI ya? (Pertanyaan saya juga seperti yang diajukan oleh sdr Rozlan)

16 comments:

Anonymous,  12:45 AM  

Habis semua Hadiah disapu...tahniah!
-FahdRazy-

mohamadkholid 7:27 AM  

tahniah, tahniah dan tahniah!

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 7:34 AM  

SF,
Sama-samalah kita tunggu antologinya. Harap tidak terlalu lewat seperti menanti keputusannya.

sf,  9:00 AM  

Fahd - Atas izin Dia, alhamdulillah. Menang kecil-kecilan sahaja.

Kholid - Terima kasih, alhamdulillah.

Ibnu Ahmad - Ya, mudah-mudahan uztaz.

Wahyu Budiwa Rendra 9:10 AM  

salam sdr sf. tahniah. tahniah menerima dua hadiah dalam satu hari. bak kata fahd, habis semua hadiah disapu.he.he.

ideamenulis 10:55 AM  

Jangan serik makan di JB!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 11:20 AM  

Aku dah cakap tak percaya, memang dah kena tukar dah 'Faqir' di hujung Serunai itu. Hehehe ...

Tahniah, jangan lupa gagasan kita. Sedang mengatur langkah, merangka agenda.

sf,  11:23 AM  

Adinda Ren - Semuanya atas izin Dia, Ren. Yang penting terus menulis - seperti kita perbualkan.

Sdr Zulkhair - Hehehe ... saya kempunan burger tu.

Sdr RMN - Hehehe, bila nak mengeteh? Insya-Allah perkara tentang gagasan tu masih bermain di benak, nanti kita ajak Ruslan minum-minum ya.

kangaq,  2:24 AM  

Aku dah habaq kat hang 2 tahun lepas.. nama serunai faqir tu kena tukaq... dah tak faqir lagi dah...

apapon, tahniah! sapu semua! macam datuk siti nurhaliza la... hahaha...

ahadancoach 6:24 PM  

Tahniah bro...gua tau mak dan abah pasti berbanga dgn kejayaan lu dan gua tau doa juga yg mereka iringi lu hingga ke tahap ini...gua tumpang gembira atas kejayaan perjalanan seni lu.....yakinlah Allah akan mengangkat darjat pencinta dan pencari ilmu.....

sf,  11:18 PM  

Kangaq - semua atas izin Dia. :)

Ahadancoach - bro, alhamdulillah, semoga mak dan abah tenang-tenang begitu dan terus mendoakan saya ini.

s.c.h.u.l.t 11:39 PM  

tahniah tahniah! wow..mesti best kan~ :D

I wish for a nice night over poem & zapin dance..eceh.. :)

Zulfazlan Jumrah 8:53 AM  

Salam Abang. Tahniah atas kemenangan hari tu. Em, minta izin untuk copy gambar HSDT di entri blog ini, ya. T. Kasih.

Nunn 8:47 AM  

tahniah bro...semoga sukses

Ainin Naufal 7:19 PM  

lupa nak tanya, kafe tu tempat aku kena sembur dulu eh??? :P

Sisipan Ilham 9:28 PM  

salam
wooh, dah brapa kali menang kau ya. tahniah tahniah tahniah! moga terus murah rezki
hmm... nak tanya jugala, dah masuk set2 berjaya hebat, masihkah aku ni kawan hangpa?

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP