Friday, June 12, 2009

Main Tembak-Tembak


Entah berapa ramai kelmarin dulu mereka yang bermain tembak-tembak. Senapang berpelurukan terung pipit dihalakan tepat ke dahi lawan. Satu demi satu rebah tak berkutik. Kemudian mereka bermain pula baling-baling bom lumpur, lalu terkena rakan-rakan. Mereka pun rebah. Tubuh mereka penuh dengan lumpur. Kelmarin dulu, mereka bermain sorok-sorok dan entah berapa ramai yang tidak pulang ke rumah kerananya. Dan selepas ini, mereka ingin bermain apa, kita pun tak tahu. Agaknya selepas ini mereka mahu bermain lawan pedang dan berlaga lengan agaknya. Dan itu pula nanti, entah berapa pula yang akan rebah tak berkutik.

Dengar kisah, malam 13hb Jun ini, seangkatan pemain-pemain Tomoi akan beradu lengan, bersilang lutut dan siku di Stadium Titiwangsa. Entah siapa pula yang wajahnya akan cedera, bibirnya herot, tangan terkulai, kakinya relai. Dan entah siapa pula yang akan tersenyum membawa pulang hadiah kemenangan.

Al-Fatehah buat mereka yang telah kembali.

3 comments:

INDRA QIRANA 7:54 PM  

kat mana mana sentiasa ada perperangan..tgk buat work pon ada peperanganya yg tersendiri...tapi tembak org tgh solat mmg betul betul pengecut dan zalim....ya al fatehah untuk mereka yg sahid

firdhaus hasraf 11:58 AM  

di mana sahaja ada peperangan waima dalam rumah sendiri, yang penting kita sebangsa seagama mesti bijaksana dan bersatu bangsa dan agama, kita tidak mungkin menjadi satu kerana kita ada perasaan sayang kepada bangsa sendiri, agama sendiri malah kita ada benda yang kita sayang dan perjuangkan, apa yang pasti, peperangan takkan pernah mati.kita mesti satu sebagai melayu islam, jangan terus berperang sesama kita.

¤(`×[¤ CrUeLLy ¤]×´)¤ 4:53 PM  

salam ukhuwah,
izinkan mya follow ya encik serunai fakir..menarik...kalau rajin follow la mya sekali.. :)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP