Wednesday, June 24, 2009

Alahai bahasaku ...

Sejak dari semalam telinga saya mendengar bahawa mata pelajaran sastera dalam Bahasa Inggeris akan diwujudkan dengan tujuan memperbaiki komunikasi dan penulisan para pelajar dalam bahasa tersebut. Tidak cukup dengan PPSMI, kini ada ura-ura pula sastera dalam bahasa asing pula mahu diwujudkan. Alahai bahasaku, alahai bangsaku ... Habis semua terjun dengan labu-labunya ke dalam sungai. Hati panas, telinga rasa berdarah - tercalar dengan permainan politik yang tidak sudah-sudahnya. Bangsa Melayu tidak akan maju dengan mengutamakan bahasa luar. Jepun tidak memajukan bangsa dan pemikirannya dengan bahasa luar. Kenapa kita pula mesti mengagung-agungkan bahasa luar. Cukuplah orang Melayu tercalar sana-sini.

Soal penggunaan bahasa luar itu bagi saya tiada masalah apabila perlu, tapi apabila sudah menjalar ke dalam sistem pembelajaran masa kini, itu amatlah saya kisah dan kuat mengatakan bahawa inilah penjajahan dunia orde baru. Terjajah tanpa disedari, terkulai layu pucuk dan tunas bahasa yang diperjuangkan oleh orang-orang kita terdahulu. Alahai bahasaku, alahai bangsaku .... Ke manakah agaknya dengan laung cempera yang mengatakan bahawa bahasa Melayu ini dahulu lingua franca? Zaman berubah? Ya, zaman memang takkan berhenti berubah, tapi jiwa kami tetap cintakan bahasa Melayu sampai bila. Tidak sepeti kamu!

3 comments:

Putri Lily 2:03 PM  

Itulah masalahnya..
Di Singapura misalnya, pembelajaran dari peringkat awalan sudah menjadikan Bahasa English sebagai bahasa pertama. Dan bahasa ibunda sebagai bahasa kedua. Padahal mengikut sejarah, org Melayulalah yang mula menapak di tanah Singa.

Tapi tak kisahlah.. Disebabkan Singapura kini dah menjadi salah sebuah negeri international. Cuma yg terkilan di hati ini, bangsa Melayu itu sendiri lebih terbiasa dgn bahasa asing hingga bahasa ibunda sendiri kurang difahami. Bayangkan.. kalau dah tak tau nak bandingkan 'penduduk' dan 'duduk'?
Tapi 'sit' dan 'seat' tau pula bandingannya.. alahai bangsaku..

~Putri Lily~

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 2:38 PM  

SF,
Kalau dibikin cerpen, boleh menang HSKU nih. Sungguuhhh!

tetamu,  9:56 PM  

memang golmal!
sedang bangsa asing sibuk mempelajari bahasa melayu, orang melayu sibuk nak martabatkan bahasa orang asing. tak faham sungguh! tanya la mana2 ah seng, amoi, kumar atau david sekalipun...bahasa pengantaraan yang paling mudah, bahasa apa? ...jawapan yang sinonim...melayu la...lagi mau tanya...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP