Tuesday, May 05, 2009

Respons Kepada Penulis RM Juta

Saya jarang menonton rancangan realiti yang berkonsepkan hiburan, malah memang jarang sekali menonton tivi. Biasanya kalau saya mahu menontonnya, saya hanya ke u-tube dan cari video klip yang saya inginkan. Pagi ini saya menonton video klip di u-tube, Britain's Got Talent. Ada di antara pesertanya adalah anak-anak kecil yang berbakat besar dalam bidang seni lakon, gerak dan suara.

Memang menarik, adakalanya mencuit hati dan perasaan; jiwa seni saya tersentuh. Dan lagi tersentuh apabila saya melihat keluarga mereka memberikan sokongan moral yang penuh. Membiarkan anak-anak mereka mengembangkan bakat dalam bidang seni yang diminati.

Lalu saya terfikir seketika, adakah ada ibu bapa di sini yang mempunyai rasa sebegitu? Jawapannya ya, memang ada. Lalu saya terfikir lagi, adakah ibu bapa yang menggalakkan anak-anaknya menguliti bidang seni penulisan dengan sokongan moral yang tak berbelah-bahagi? Menggalakkan anak-anak membaca itu memang ada tapi menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang penulisan, ada? Mungkin ada, tapi dalam peratusan yang sangat kecil ataupun mungkin tiada.

Seandainya tiada, saya fikir kita yang punya kesedaran inilah menggalakkan anak-anak kita untuk menceburi dalam bidang penulisan. Mungkin tidak semua anak-anak kita yang meminati atau akan condong ke arah seni penulisan ini tapi sekurang-kurangya kita telah mencuba untuk menanamkan minat itu di dalam jiwa mereka. Jika mereka tidak menjadi seorang penulis, berkemungkinan harapan untuk menjadi pencandu tegar buku-buku itu ada. Jadi, saya menyeru agar kita semua mengambil inisiatif untuk menggalakan anak-anak kita sekiranya mereka menunjukkan minat itu dalam usia yang awal.

p/s : respons kepada entri sdr Rozlan - Penulis RM Juta

5 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). 12:02 PM  

aku pernah manulis, tapi bakat takdak....sudahnya jadi cam palat ja rasa...ha ha ha.

HambaMaya 9:09 AM  

sdr serunai faqir,

saya sudah pun membeli novel mantera hitam tulisan saudara dan habis membacanya.

Kenapa di akhir cerita tu, pakku and pak chu deris kata diorang kawan rapat dulu padahal bila tokku suruh pak chu carik di sungai tekala, pak chu macam tak kenal jer sapa pakku?

Novel ni macam tergantung la.. tak puas baca and macam tak takde ending..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 10:14 AM  

lihat entri tentang Minggu Sastera Utusan di laman blog celikhuruf.blogspot.com
harap dapat sama-sama menyokong.

Nia Arissa 1:09 PM  

memamg betul la.. sebenarnya minat saya dalam penulisan pun datang sendiri... harap maklum la... mak ayah tak sekolah tinggi sangat jadi semua ni atas kehendak diri sendiri...

selalunya mereka akan memberi sokongan kepada apa yang boleh menjamin masa depan anak-anak...

lagi bagus kalau dapat sokongan dari ahli keluarga sendiri...tapi tu semua bergantung pada bakat... pendek ilmu boleh di timba lagi... betul tak?

kak ila 9:06 PM  

hai sf. selamat berhujung minggu. kak ila memang menggalakan anak2 menceburi bidang penulisan, tapi... nampaknya bagaikan mencurah air ke daun keladi. tak seorang pun cenderung. walaupun pd awalnya ada yg memang gemar membaca, blh diangkat sebagai ulat buku, tp bila sudah ke IPTA, komputer (intenet) lebih digemari. nak baca apa2pun kini di skrin putih.penat duduk meniarap,penat meniarap mencangkung.nampaknya buku kak ila di almari, hanya tinggal sepi.perhiasan semata2.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP