Friday, May 29, 2009

Hadiah Cerpen Berunsur Islam - DBP

Lewat petang semalam saya menerima SMS dari seorang teman editor yang mengatakan nama saya tersenarai dalam salah seorang penerima hadiah tersebut dan tersiar dalam Dewan Sastera edisi Jun 2009. Alhamdulillah, semuanya atas kehendak Dia. Pertandingan ini sebenarnya agak lama, tahun 2005. Hari ke hari, saya semakin terlupa dengan pertandingan ini dan tidak lagi menghiraukannya kerana menyangkakan bahawa mungkin saya terlepas pandang acara ini dan berfikiran bahawa sudah ada pemenang dan hadiah telah pun diberikan.

Saya berkata kepada teman saya itu, "Bilakah tarikh acara tersebut?"
Teman saya hanya menjawab, "Aku pun tak tahu."

Saya senyum dan kembali menangani kerja-kerja di pejabat seperti biasa tanpa memikirkan bilakah acara pemberian hadiah itu lagi.

13 comments:

Ainin Naufal 4:04 PM  

tahniah. bila-bila pun tak apa.

Nissa' Yusof 1:05 AM  

fuiyo.. tahniah, abg ngah!

ok saya akan menulis dengan lebih tekun lepas ni. (sebelum diingatkan, saja cakap siap-siap.. =)

ida_nardiel 8:45 AM  

Tahniah, alhamdulilah.....teruskan....

kangaq,  1:39 PM  

hah? tahun 2005?

zakiah 10:35 AM  

Tahniah Tuan Serunai
Moga sentiasa aktif berkarya

Anonymous,  9:28 PM  

tahniah bro...

abuyusof 10:03 PM  

lupa pemberi hadiah jangan lupa pemberi hidayah

ahadancoach 12:03 PM  

Salam bro....jgn kisahkan sgt pasal hadiah tu yg penting perjuangan harus diteruskan dan istiqamah dalam perjuangan

fadz 3:00 PM  

tahniah tahniah:)

Rasha_rz 11:56 AM  

hai adik.assalamualaikum.
berertilah hadiah itu rezeki anak... bersyukur jugalah walau terlalu amat lama. tahniah dik.

Indrasakty 12:28 PM  

Kenapa lama sangat?

s.c.h.u.l.t 3:36 PM  

tahniah abg sf!!

moga terus sukses~ ;)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP