Friday, May 15, 2009

Alangkah Ironinya ...

Petang semalam sempat saya bersembang dengan Prof. Dr. Rahman Shaari apabila beliau singgah di pejabat. Ada perkataannya yang menarik hati saya apabila beliau mengatakan bahawa, "Sebenanrya yang berharga itu tidak berharga, tapi yang tak berharga itu berharga." Saya tidak berapa faham maksudnya pada awal perbualan. Tetapi apabila dibawakan contoh, saya segera memahami akan maksud yang tersirat itu. Kisahnya, ketika beliau dan Prof. Dato' Dr. Hashim Yaacob dijemput oleh Malaysian GP bagi salah satu acara yang dianjurkan oleh pihak mereka.

Menurut beliau lagi, mereka berdua dijemput untuk membuat persembahan deklamasi puisi, dan tidak ketinggalan artis besar tanah air Dato' Siti Nurhaliza yang turut serta. Namun apa yang membezakan antara mereka adalah dari segi bayaran. Sebenanrya bayaran itu bukanlah mauduk utama entri ini, tapi merujuk balik pada perkataan berharga dan tak berharga.

Untuk mereka berdua, mereka dibayar seorang seribu manakala penyanyi ternama itu dibayar lima puluh ribu untuk tiga lagu yang didendangkan. Alangkah ironinya masyarakat kita ini ya! Saya senyum dan mengatakan kepada Prof.

"Kalau begitu, eloklah kita jadi artis juga, Prof."

Hanya derai gelak mengiringi perkataan saya. Sebenarnya saya tidaklah cemburu akan perkara ini, sebab memang sudah menjadi lumrah kehidupan apabila 'barang sendiri' tidak lagi menjadi agenda utama dalam kehidupan berbudaya kita. Seperti saya yang menekuni bidang pergendangan ini, berapa ya agak-agak mereka bayar kami untuk satu-satu persembahan? Tapi dalam masa yang sama orang Melayu kita risau benar akan masyarakat Melayu yang akan hilang jatidiri seni dan budaya mereka. Alangkah ironinya ....

6 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). 8:59 AM  

pergendangan jgn sebut la brader...org anggap macam tak standed..ha ha ha!


padahal, sapa sapa yang terlibat , faham benar lah!..

tepuk sampai merah tangan, tiup serunai sampai keluar angin ikut celah bibir...bila tgk duit?...tak setara mana pun. Ha ha ha...

Nia Arissa 1:03 PM  

sebab tu tuah orang tak de siap yang tahu... dah rezeki dia agaknya...

betul tu cikgooden... mungkin taraf dikira sama kot... susah nak cakap penilaian orang... pandangan berbeza-beza... yang penting kita puas dengan apa yang kita buat...

mungkin satu hari nanti kesedaran tu akan datang juga... siapa tahu kan!..

aPuN 1:28 PM  

gulp. semacam orang tak mahu sembahyang, tetapi tak suka orang panggil kafir?

Semacam orang tak pakai tudung tapi sibuk bercakap pasal hukum hakam bermadu? ( eh? )

ekramhakim~ 9:21 AM  

tajuk menarek ya akhi..

1-kita berkira nak sedekah rm5 (kalau boleh cari syiling2 je) kepada tabung masjid atau orang miskin, tp tak kesah habiskan rm10 utk makan KFC,topup dan yg sewaktu dengannya..

2-yuran tuisyen sanggup utk dibayar kepada cikgu2 atau pengurus2 pusat tuisyen, tp jika kelas agama & quran, pabila diminta yuran, mulalah timbul soal keikhlasan para pengajar..'ustad2' nak 'hidup' gak, bukan 'cikgu2' jer yang nak 'mewah'..

realiti idop zaman sekarang..dunia sudah terbalek..barakallahufiik!

zulkhair 12:06 PM  

Kalau begitu, lebih baik tak payah belajar tinggi2, jadi penyanyi!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP