Monday, April 20, 2009

Mini Forum Sai-Fai & Fantasi - 19/4/09

Alhamdulillah. Itulah perkataan yang bergema dalam hati saya apabila majlis ini meskipun tidaklah mendapat sambutan hangat seperti program realiti, tetapi kehadiran dan kemunculan nama-nama besar dalam mandala fiksyen sains dan fantasi amat mengujakan. Terlebih dahulu, tenaga produksi untuk majlis ini hanya kami berempat, saya, Vovin, Mat Jan, Fadli (Bahagian Zine) dan Jonos.

Tetapi mereka lebih banyak menjalankan tugas-tugas kerana masa saya yang agak ketat. Seingat saya hanya tiga kali sahaja kami turun berbincang berkenaan majlis ini. Kerisauan itu tetap ada apabila saat untuk majlis itu semakin dekat.

Perbincangan yang sedang berlangsung

Tapi syukurlah, walaupun ada ahli panel yang tidak dapat hadir tapi telah digantikan oleh saudara Firdaus Ariff di saat-saat akhir. Sementelah ahli panel yang cukup besar namanya - Ahmad Patria Abdullah, Nizam Zakaria, Nisah Haron dan tentu sekali pemudahcara, Fadli Al-Akiti. Semuanya merupakan penulis dalam kecenderungan genre masing-masing. Terima kasih daun keladi saya ucapkan.

Kumpulan Gendang Gemala Kasturi

Dengan majlis yang dimulakan oleh oleh Sifu Puan Ainon sebagai pembuka tirai, majlis bertambah semangat dan hangat. Saya duduk di pojok dewan, mendengar dan memerhatikan majlis yang berlangsung. Sebelum itu, saya dan kumpulan gendang gemala kasturi sempat juga menghiburkan penonton yang hadir bagi mengisi senggang dan sebagai daya penarik orang ramai. Majlis yang berjalan itu semakin hangat apabila di sesi akhir itu, ada satu soalan yang mencabar dan memberi satu provokasi yang tidak terjangka. Tapi alhamdulilah ahli panelis berjaya menjawab persoalan yang ditimbulkan itu dengan baik.

Saya dan rakan-rakan yang hadir

Di akhir majlis tersebut, kejutan telah diberikan kepada Nisah Haron yang sebenarnya menyambut harijadinya hari ini, tapi disambut awal sehari oleh kami. Seperti kata Jonos, "Tak sai-failah macam ni." Saya hanya tergelak dan menepuk dahi kerana tidak menjangka sudah tersalah tarikh. Memang benar-benar satu kejutan!

Laporan lain boleh juga dibaca di blog :

Firdaus Ariff
Nisah Haron

Nissa Yusof
Nazir Azhari

Abg Pat - Nanti kita borak ya...
Kangaq - Terima kasih tolong angkat barang selepas majlis.

Moga-moga di tahun hadapan akan mendapat sambutan yang lebih hangat. Amin.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan artikel, cerpen dan sebagainya yang berkaitan dengan fiksyen sains dan fantasi, sila emel fadliakiti@gmail.com

9 comments:

D'Rimba 11:19 PM  

Puan Ainon pejuang bahasa....semualah yang membuat buku dalam bahasa Melayu adalah pejuang bahasa.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 12:18 PM  

TAHNIAH... sayang sekali tak dapat sertai. Teruskan perjuangan sdra

fadz 2:16 PM  

tahniah, heheh!

Nissa' Yusof 4:33 PM  

salam. hehe post di blog saya tu tak adalah melapor sangat. merapu adalah. catatan di blog MPR lebih bagus dan sopan :)

http://minggupenulisremaja.blogspot.com/2009/04/sekitar-pbakl-2009.html

Ainin Naufal 12:39 AM  

kucewa. ingatkan boleh beli saga yg berjilid tebal.

Insan yang bertanya pada sesi soal jawab tu betul ke ali bukhari amir macam yang Fadz sebut tu? kita pernah jumpa dia dulu, tapi bukan mamat tu kan? Atau dua insan dengan satu nama serupa? Atau fadz tersalah sebut?

Cikgooden (Selumbar Emas). 11:42 PM  

macam menarik...
papahal pun tahniah la bro!...

Anonymous,  1:33 PM  

:)

~Zalisa Maz~

ahadancoach 12:10 AM  

Tahniah Bro ..Bukan kerja mudah utk tarik org dtg terutama dlm majlis ilmu....tapi kita bukan nak kuantiti tapi kualiti....teruskan perjuangan walaupun hanya kita saja yg faham hanya jauhari yg mengenal manikam

Anonymous,  4:57 AM  

Hey Everybody!

Just want to give you all an opportunity to make some decent money in the new year from your uploads and links by signing up for free at:

Linkbucks (pays 1$ for every 1000 clicks you get on your links):
So if you got a blog or something with a lot of links in, why not make em paying links?
[url=http://www.linkbucks.com/referral/124690 ][img]http://www.linkbucks.com/tmpl/mint/img/468_60link_bucks.gif[/img][/url]

Uploading.com (pays up to 20$ for every 1000 downloads you get):
The uploader type, with a lot of uploads? why not make money on them?
[url=http://uploading.com/partners/648200/][img]http://img407.imageshack.us/img407/6780/unavngivety.jpg[/img][/url]

Both pays on time!

Cheers have a great x-mas and a happy new-year

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP