Tuesday, April 14, 2009

Biodata SF


Dilahirkan pada 1972. Anak jati kelahiran Pekan, Pahang. Kemudian berpindah ke Johor Bahru sebelum menetap di Muar, Johor dan akhirnya tertulis bermukim di kota metropolitan KL ketika ini. Bermula dengan sekolah rendah Ismail (Dua), Muar, kemudiannya Ma'ahad Muar dan akhirnya di SMKA Segamat.

Serunai Faqir adalah bekas graduan UKM dalam bidang perundangan. Beliau merupakan seorang penggiat seni dan budaya yang aktif terutama dalam pergendangan Melayu. Mempunyai sijil Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dan sijil Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA) dalam bidang Wayang Kulit.


Berkhidmat selama sembilan tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, sebelum bekerja sebagai editor, penulis dan tenaga pengajar Gendang Silat bebas selama tiga tahun dan setahun sebagai editor tetap di sebuah syarikat penerbitan. Kini bekerja sebagai editor, bebas penceramah bengkel penulisan (cerpen, novel, gendang silat utara), penulis sepenuh masa dan menjadi peneraju utama syarikat Astaka Villa Aksara (AVA), sebuah syarikat yang mengendalikan pelbagai bengkel. Juga merupakan ahli Kapasitor.


Menulis sejak di bangku sekolah lagi dalam bidang puisi namun mulai serius berkarya dalam tahun 2001 dan karya beliau banyak tersiar di majalah terbitan DBP, media dan akhbar arus perdana. Bermula dengan KEPEZI, beliau mengorak langkah dalam dunia penulisan cerpen, artikel dan kini giat dalam menghasikan novel.


Karya terbit:

2) Kumpulan Cerpen ‘Mencari Gayung’ (DBP) 2009,
6) Raungan Mantera (@Mantera Hitam), Alaf21, 2011

Hadiah Sastera :
Hadiah Sastera Cerpen Berunsur Islam DBP 2005,
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, 2007, 2008, 2009, 2010
Hadiah Sastera Darul Ta’azim (HSDT) 2007, 2009 & 2011
Hadiah Cerpen Putrajaya (Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Putrajaya) 2011 

Anugerah :

Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2011 (HSDT)
Hadiah Kumpulan Cerpen Terbaik (HSDT) 2011

Emel : serunaifaqir@yahoo.com


Aktiviti beliau boleh dilawati di laman :

1) Sastera dan penulisan :


http://serunaifaqir72.blogspot.com/


------------------------------------------------------------------------------


2) Astaka Villa Aksara(Pelbagai bengkel - novel, cerpen, skrip drama, fotografi, adaptasi, gendang silat dsb)

Logo Rasmi AVA



astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------


3) Kumpulan Gendang Gemala Kasturi
Logo Rasmi KGGK


Untuk sebarang tempahan sila emel - gemalakasturi@yahoo.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP