Tuesday, April 07, 2009

Kumpulan Cerpen - Mencari Gayung

Syukur alhamdulillah, sebentar tadi saya menerima kiriman dari Encik Azlan dari DBP yang menghantar senaskhah contoh kumpulan cerpen Mencari Gayung. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Azlan dan pihak DBP yang masih sudi menerbitkan karya kumpulan cerpen saya.

Kumpulan cerpen ini terdiri dari 23 buah cerpen saya yang rata-ratanya tersiar di akhbar arus perdana dan majalah-majalah. Cerpen-cerpen ini adalah himpunan cerpen saya yang tersiar dari tahun 2003 hinggalah 2008. Saya bersyukur amat. Kandungannya sedikit berbeza dengan novel yang pernah saya hasilkan. Ia lebih menjurus kepada pemikiran, falsafah, sufistik, satira dan tentu sekali ia mencakupi elemen seni dan budaya yang saya perjuangkan melalui penulisan. Ia lebih berat, langgam dan lenggok bahasanya adalah permulaan transisi dari aliran genre penulisan puisi. Sesetengahnya pula menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami, ada kalanya pula agak berat sedikit.

Buah tangan ini amat manis sekali, saya tidak dapat memberi saranan dan komentar terhadap kumpulan cerpen ini melainkan saudara kawan-kawan yang sendiri membaca untuk menilainya sendiri. Insya-Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Salam manis dan terima kasih juga kepada teman-teman yang sentiasa menyokong, mendorong dan juga memberi kritikan terhadap kerja-kerja penulisan saya. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, sila ke laman web dawama kiranya sukar untuk didapati di kedai-kedai luar. Sila klik sini Dawama.

13 comments:

Wahyu Budiwa Rendra 3:55 PM  

tahniah abg khairul, ren tumpang gembira dengan kelahiran kumpulan cerpen mencari gayung ni. cantik kulitnya.

Mazarina 6:10 PM  

sy juga peminat cerpen...:)

Lumut Pagi 6:38 PM  

Salm Mas khairul...

Tahniah...

:)

sf,  7:27 PM  

Ren - terima kasih atas sokongan, dorongan, teguran dan persabahatan ini.

Mazarina - Insya-Allah sdr Mazarina juga akan menghasilkan seperti ini. Amin.

Lumut Pagi - salam di alam maya.

Nissa' Yusof 10:32 PM  

tahniah! bolehlah saya dapatkan masa pesta buku nanti

puteri 10:55 AM  

salam.

puteri nak berterima kasih kepada abg SF sebab bagi jalan untuk hntar karya ke tunas cipta dahulu..

trima ksih ya =)

Ainin Naufal 1:47 PM  

gambar sufi aku dh tampal kat blog.

bro dlm entri bawah ni, aku ada bergambar ramai2 dengan dia masa rombongan sekolah kanak2 riang dulu. rombongan ke Creative. masih kurus bro ni. hehe.

Kak Long Comel 10:19 PM  

Salam sdra Serunai, tahniah dengan penerbitan buah tangan terbaharu. Kalau dah ada dalam pasaran, cepat-cepatlah beritahu Kak Nilam ya!

zarticcus 12:19 AM  

hoho... Abg Ngah SF!
wahh.. sangat bangga gua dengan pencapaian lu...
ya ya... teruskan usaha, jangan stop kat sini jerr..
pastikan SF jadi legend!

make sure next time gua google "serunai faqir" nama lu dah ada kat wikipedia...

tegezoot 12:43 PM  

Tahniah! aku akan cuba dapatkan senaskah.

MARSLI N.O 2:09 AM  

Sdr SF: Salam. Saya datang membaca dengan sengaja.

Marsli N.O

Syukri Sapuan 2:22 PM  

salam ziarah.


saya baru sahaja mendapatkan kumpulan cerpen tersebut melalui belian di internet beberapa minggu yang lalu.


membaca kumpulan cerpen tersebut membuatkan saya lebih mengenali lagi lenggok dan gaya penceritaan saudara.


falsafah yang diatur secara berlapis-lapis membuatkan saya begitu terpana.


cerpen kegemaran saya dalam antologi tersebut adalah orang kata atuk gila.


moga saudara akan terus berjaya dalam dunia penulisan ini. =)

Syukri Sapuan 2:22 PM  

salam ziarah.


saya baru sahaja mendapatkan kumpulan cerpen tersebut melalui belian di internet beberapa minggu yang lalu.


membaca kumpulan cerpen tersebut membuatkan saya lebih mengenali lagi lenggok dan gaya penceritaan saudara.


falsafah yang diatur secara berlapis-lapis membuatkan saya begitu terpana.


cerpen kegemaran saya dalam antologi tersebut adalah orang kata atuk gila.


moga saudara akan terus berjaya dalam dunia penulisan ini. =)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP