Tuesday, April 07, 2009

Bersama Mat Metal & Kenangan Lalu

Gambar ini saya curi dari blog Gayourock (Dia tak marah, dia kata curilah... hahaha)

Mamat ini memang harus dibelasah oleh saya dek kata-katanya. Gambar ini diambil semasa Mini Karnival Karangkraf yang sudah berlalu. Hehehe... terima kasih bro! Baca selanjutnya di blog Gayourock. Semasa kami di sekolah menengah, lukisan beliau sememangnya menjadi kegemaran kami dahulu, ketika zaman rock dan metal sedang menggila. Siapa tak kenal Gayour? Kalau tak kenal, memang tak jiwa rocklah. Jemput baca entri lama, kenangan saya semasa zaman rock dan metal dahulu. Tapi semua telah berubah, cumanya telinga saya masih serasi dengan irama dahulu berbanding dengan irama sekarang.

Setakat irama Thrash Metal itu, sangat-sangat mesra di telinga. Akhirnya pada suatu masa, saya mendengar lagu-lagu opera setelah merasakan tidak ada apa lagi yang harus saya dengar. maksud saya yang lebih laju dari irama thrash metal. Mulalah saya menggilai lagu-lagu dari kisah Phantom Of The Opera. Lagu-lagu irama klasik, lagu asli saya dengar ketika itu. Hanya pada tahun kedua di kampus saya benar-benar dapat menikmati dan menghargai ketinggian dan keindahan seni orang Melayu apabila bergerak aktif dalam Kelab Pengurusan dan Teknikal Artisukma. Tapi telinga saya masih senang dengan irama-irama kumpulan Metal... hingga kini, selain dari muzik tradisional yang saya galas di atas bahu ini.

Dengan itu, sila nikmatilah irama lagu dari kumpulan heavy ini, Sentinel - Judas Priest (pedulikan dengan nama kumpulan ini!) Antara lagu yang menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP