Tuesday, March 17, 2009

Wajah Marcel - Mantera Hitam

Imej ini pernah saya letakkan di dalam entri sebelumnya. Dalam anganan saya, inilah wajah watak Marcel (sila klik gambar untuk bersarkan saiz) di dalam Mantera Hitam setelah dia bertemu Alora. Tapi tidak disiarkan dalam novel tersebut mungkin aura dan sambaran hawanya memaparkan sesuatu yang jahat. Tapi tidak mengapa, apa-apa hal pun Mantera Hitam sudah berada di pasaran. Syukurlah dan saya ucapkan terima kasih kepada para peminat novel berunsurkan fantasi dan mistik yang telah membeli.

Juga ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membaca dan memberikan respon samada secara emel, ulasan di blog mahupun pesanan yang ditinggalkan di blog saya. Ramai yang bertanya kepada saya samada kenapa Mantera Hitam itu habis bergitu sahaja. Bagaikan tergantung dan tiada penyudahannya, tidak kurang juga yang dapat mengagak bahawa Mantera Hitam mempunyai kesinambungannya. Sebenarnya terlalu awal untuk mengatakan tentang perkara ini tetapi untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan pembaca, biarlah saya jawab di sini, Insya-Allah YA, akan ada sambungannya kelak dan masih dalam proses. Semoga dengan doa rakan-rakan pembaca, saya diberikan kekuatan dan kelapangan oleh-Nya untuk menggarap sambungannya.

Wajah Raja Jin Portugal (anganan saya)

Saya akan cuba menghidangkan kisah-kisah yang lebih menarik untuk menjawab teka-teki yang bermain di sekitar Mantera Hitam. Kali ini, Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk rakan-rakan pembaca yang sebahagiannya sudah menanti untuk sambungannya. Wuallahua'lam. Saya bersyukur atas sambutan yang diberikan, terima kasih juga kepada Alaf 21 yang mempromosikan serta para rakan pembeli dan pembaca.

21 comments:

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... 8:59 PM  

apa ni SF?
camtu ke muka marcel?
nauzubillah...
moon dah tangkap cintun dgn dia.
kalo gitu rupe si marcel, menonggeng frust moon jadinye.
abis punah dah impian ni.
tp moon tgk dr sudut 215 darjah celcius, ada iras abg la...
alamak, nauzubillah!
wakakakaka....

Cikgooden (Selumbar Emas). 9:16 PM  

dey bro!..kalu gini rupanya...tido ngigau lepas baca novel hang!

Wahyu Budiwa Rendra 9:13 AM  

salam bang khairul, dasyatlah gambar tu. apapun tahniah, dgn kejayaan Mantera Hitam.

Kalamtimur 7:36 PM  

imaginasi yg menarik, harap dapat melihatnya dalam novel sekuelnya..

ahadancoach 6:04 PM  

salam Bro...menarik imiginasi tu...tahniah teruskan dengan sambungan ceritanya

Airil Shamril 8:55 AM  

Assalamaulaikum SF, thanks kerna drop message kat my blog. Masa ni belum dpt bagi ulasan about MANTERA HITAM, setakat nie kita baru stop kat page 124 babak 12, masih sibuk masa nie dgn kerja.. Saya biasa sambung baca sebelum tidur malam supaya dpt tidur.

Anyway so far story tu best, kita nak tau what happen to Marcel.

lanterajiwa 5:29 AM  

salam... tuan tulis... tumpang promote tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html

sue onn 10:24 AM  

salam saudara serunai faqir..
sudah saya dapatkan novel matera hitam..cerita yg menarik cuma ada beberapa bahagian yg saya rasa agak tergantung cthnya tidak diterangkan siapa 2 budak yg koma tu, juga apa kisah budak yg menjadi batu tu..harap ada sambungan agar ia menjadi satu karya yang hebat.selamat berkarya..

kablam22,  12:51 PM  

Salam, sdr serunai faqir...Majalah Sastera.Net Edisi 6 sudah terbit...Mantop!..Jemputlah ke weblog saya, di www.esasterawan.com untuk keterangan lanjut.. .Terima kasih... =D

fadz 11:32 AM  

wahhh, gila ah, tuan bagi saya idea.. apa kita kita dapatkan seorang pelukis dan beliau boelh ciptakan watak2 daripada novel tulisan kita? wah kemudian, kita buatlah satu hak cipta, boleh?

MARSLI N.O 5:40 PM  

Sdr SF: Salam. Saya dengan sengaja datang membaca.

Marsli N.O

Belia PARUJAS 8:45 PM  

steadylah bro, sebuah karya yang hebat. saya memang minat dengan novel-novel yang macam ni. berkobar-kobar semangat kemelayuan saya. mantera hitam ni ada sambungannya kan? bila nak keluar?

saat omar 3:36 PM  

Tumpang promote...jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream

tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)

Tempat: lambang Sari, Istana Budaya

Arahan: Prof Jim Connor

bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program

lets do it.

djambu puadovich 7:54 PM  

hmmm...xbeli lagi la novel ni...nti klo dh beli, bleh a sy wat reviu

:)

Insaflah 3:48 AM  

Dari minda turun ke helaian kertas.

aifamok 7:41 PM  

menarik................ sangat menarik........... saya beli....... pasti.....

Anuar bin Md Ghazali 5:53 PM  

salam,saya dah baca novel mantera hitam,memang best, tapi tengah jauh dalam ceritani tetiba dah habis..frust betul, jangan lambat sangat sambungannya, memang menarik baca pun bleh rasa seram......
tahniah!!

Qaseh_Qieyldia 1:32 PM  

salam....
tahniah atas penerbitan Mentera Hitam...
jalan cerita tak membosankan dan berulang seperti sesetengah novel2 cinta... mengangkat kembali kepahlawanan melayu... jarang adew novel2 yg macam nie kat pasaran sekarang.... selain penulis Ramlee Awang Murshid... sy mula meminati hasil tulisan anda... saya mendoakan agar hasil tulisan anda kekal hangat dipasaran...
jgn lupe sambungan mentera hitam ye... ramai yang ternanti2 kesudahan nye.....
salam.....

raihan wahida 9:34 AM  

salam...
sy ske btol citer mentera hitam tu!
tapi, sayangnye cerita nye macam tergantung..
harap penulis dapat buat sambungan cerita tuh..
tak sabar nak tunggu!

jeff 6:30 PM  

garapan cerita mmg menarik...tak sbar rasanya menanti sequel mantera hitam... Syabas pada penulis

Anonymous,  1:58 AM  

best!!!!!!!!!!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP