Wednesday, March 04, 2009

SF Di Mini Karnival Karangkraf

Ada satu perkara yang menarik perhatian saya semasa karnival tersebut selain dari teruja untuk bertemu dengan rakan-rakan penulis di sana. Ini mungkin satu kenyataan yang harus diperbetulkan, iaitu mengatakan bahawa orang Melayu malas membaca adalah satu fakta yang kurang tepat.

Majlis yang diadakan di Karangkraf tersebut menghamparkan lautan buku, novel, majalah dan sebagainya untuk dibeli dengan tawaran harga diskaun yang menarik. Leka saya memerhatikan pengunjung yang hadir. Bakul demi bakul yang terisi penuh dibawa ke kaunter bayaran.

Bersama kak Anis Ayuni
(Sumber gambar - ihsan dari blog kak Anis)

Soal naskhah apa yang disambar, jangan ditanya. Bagi saya yang penting adalah permulaan sebagai galakan untuk membaca. Kerana minat membaca saya sendiri bermula dengan komik-komik Kung Fu Cina yang dialih bahasa. Lama-lama kelamaan barulah timbul rasa ingin mencabar diri sendiri dengan pembacaan yang lebih serius dan matang. Sambil-sambil itu, saya berbual-bual dengan kak Anis Ayuni, bertukar-tukar kisah, cerita dan pengalaman. Banyak juga perkara baru dan berguna yang diperkatakan oleh kak Anis. Dalam pada itu saya sempat juga berbual-bual dengan penulis - kak Sri Diah, Salina Ibrahim dan juga kak Ramlah Rashid.

Bersama Gayourock

Disamping itu seawalnya, saya bertemu dengan pelukis terkenal, Gayourock yang telah mambawa saya melawat pejabat dan menerangkan serba sedikit tentang kerjaya dan konsep Karangkraf di situ. Secara peribadi, memang sejak dahulu lagi saya meminati lukisan kartunnya yang mengenegahkan konsep rock dan metal. Begitu juga dengan teman-teman di sekolah menengah dahulu. Sempat juga kami berbual dari hati ke hati dalam permasalahan orang seni dan marhaen seperti kami ini. Walaubagaimana pun brader Gayour memang best kerana telah membelanja saya bukunya secara percuma, hehehe...

Alhamdulillah, syukurlah. Dalam kehangatan cuaca tersebut, keresahan terubat juga apabila beberapa pembaca menyuakan novel Mantera Hitam untuk ditandatangani. Terima kasih kepada pembaca dan pembeli Mantera Hitam. Kepada Encik Nordin, terima kasih diucapkan kerana menjemput saya untuk memeriahkan premis Alaf21 pada hari tersebut, dan juga bertukar-tukar fikiran serta pendapat tentang industri pembacaan dan pembukuan hari ini. Semoga kita berjumpa lagi di pesta buku yang akan diadakan pada bulan April ini, Insya-Allah. Terima kasih semua.

13 comments:

LeaQistina 9:30 AM  

salam,

alaf 21 x de perancangan nak wat road tour ke? meh la penang lak.. adoi..

tegezoot 1:21 PM  

saya pun setuju! mai la penang.

gayour 2:30 PM  

gambo gua kuar kat blog serunai faqir. now i'm famous!

harharhar!

ingat nak sembang2 lagi dengan lu, tapi lu nak blah plak dah!
lain kali jer la ye.

s.c.h.u.l.t 8:18 PM  

hoho..macam best je~

sayang tak dapat pergi sebab kewangan tak membenarkan~ ;)

*kang gigit2 jari sebab tak boleh beli pape* :D

eyman hykal 6:09 AM  

Sama-sama SF. Seronok bersembang dengan anda. Anda adalah artis (orang seni) yg sebenar. Maaf kalau ada terkurang dari segi kemudahan dan layanan. Jgn serik. (slanga org Joho)

izman 10:21 AM  

saya dah beli buku tu, memang best. ada lah saya promote sikit2 kat blog saya.

teruskan berkarya.

Quistina 9:13 PM  

saya susah nak dapatkannya di sarawak.. selalu lum smpai atau hbs stok.. kena tggu balik semenanjung..

NSMY 9:36 PM  

ala.. kalau lah dibuat 2 tahun yang lepas sudah tentu saya tak lepas peluang sebab masa tu saya masih di shah alam dan memang selalu teringin nak melangkah masuk ke karangkraf... adade!

tak mengapa lah.. entah bila ada rezeki nak jumpa dengan abang sf...

Serunai Faqir aka SF 9:58 AM  

Lea & tegezoot - Mungkin akan diaturkan oleh pihak alaf21. :)

Gayour - hehehe, lu sudah popular pun, tak perlu tunggu masuk blog gua!

Syud - Insyallah, datang lain kali.

Eyman Hykal - Layanan memuaskan hati, kekurangan - lumrah kita manusia.

Izman - terima kasih. :)

Quistina - Insyallah ada.

NSMY - Mana tahu alaf21 ke tempat sdri. :)

kangaq,  8:46 PM  

peeeewiiiiiiiiiit! cayala sf! gyahahaha!

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... 9:03 PM  

SF...
moon ada kat blkg abg dlm gmbr dgn kak anis.
nmpk x? cube nengok btol2.
hehehe....
sronok tgk abg sronok.

tabtibau 9:49 AM  

Mantera Hitam cam ada Part 2 je. Sambung la... x sabar nk beli

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP