Wednesday, February 25, 2009

Lantera Hati Gemala Kasturi Sukmaku

Shufi Muhammad Iqbal

Bersama debar, bersulam resah - Shufi Muhammad Iqbal dzhohir ke dunia tanggal 20 Febuari (Jumaat) bersamaan jam 9.51 pagi. Terima kasih atas doa teman-teman yang mengiringi kelahirannya di HUKM. Saya yakin bahawa debar dan resah inilah yang dilalui oleh setiap bapa pabila berada dalam situasi begitu. Ucapan alhamdulillah berserta sujud syukur saya panjatkan demi sebuah kasih kepada-Nya yang memakbulkan doa keselamatan untuk ibu dan anak yang lahir, berkat doa tuan-tuan yang tidak jemu memberi sokongan kepada saya, isteri dan anak melalui SMS.

Salam dari Shufi buat bapak-bapak, ibu-ibu, tuan-tuan, puan-puan dan semua yang mendoakan dirinya - "Salam kepada semua, alhamdulillah, atas berkat keselamatan dan doa semua, saya hadir ke sini atas kehendak-Nya dengan sejahtera amat. Semua adalah ketentuan-Nya, salam sayang peluk cium dari saya buat semua. Muahhhh ..."

21 comments:

Maria 1:14 PM  

Alhamdulillah syukur..kami di kapasitor turut berdebar dan mendoakan segala yang baik buat kedua ibu dan anak..

LeaQistina 1:22 PM  

Tahniah.. :D semoga Shufi menjadi anak yg soleh.. amin..

Cikgooden (Selumbar Emas). 2:13 PM  

Tahniah bro.

sekarang jel;as kau sorang bapak!..ha ha ha.

aku nak pi jumpak dia la..apa namanya?.ooo. Iqbal...

Mersik 2:55 PM  

Salamz SF,

Tahniah di atas kelahiran putera sulung anda.

Selamat bertugas di syif malam!

sf,  3:00 PM  

Maria - trima kasih atas doa dan harapan

Lea - amin!

Cikgu deen - hehe, datanglah ke rumah

Mersik - hahahaa

Amir Husaini 5:46 PM  

Salam saudara SF,
Tahniah atas kelahiran ahli baru dalam keluarga. Semoga bertambah murah rezeki hendaknya, insya-Allah.

s.c.h.u.l.t 9:25 PM  

waaaa...congrats for the baby!!

cuteeeeeeeeee :)

mie 12:53 AM  

Salam bro SF,

tahniah bro... :)

Wahyu Budiwa Rendra 8:47 AM  

tahniah, kanda sf.
syukur semuanya selamat.
ummuah! muah! untuk shufi yang comel tu. jgn nakal2 tau.

Ainin Naufal 5:51 PM  

Para teraknhir tu, Si Shufi yang cakap ke, ayah dia yang cakap ni? hihi

kangaq,  8:45 PM  

Ainin, Shufi la cakap... entri ni pon Shufi yang tulis! hihi..

tahniah bro!

Nissa' Yusof 8:59 PM  

salam, abg ngah.
tahniah!

riqzmie 10:40 AM  

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.thnak

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 12:34 PM  

Tahniahlah Bapak SF,

Musykil nama si kecil tu. Kenapa Shufi? Tidak Sufi atau Saophy (suci, bersih ala rohani gitu). Barangkali Shufi itu Shafi (sembuh). SF?

gayour 7:33 PM  

gua telambat nak ucap. tak apa ucap gak la. TAHNIAH dengan kelahiran anak pertama. moga dia membesar dengan sihat, selamat dan menjadi seorang anak yang beriman dan soleh. amin

selamat datang ke dunia yang tiada belas ni wahai shufi muhammad iqbal! moga Allah akan sentiasa membantu dan melindungi perjalanan hidup mu.

sf,  9:29 AM  

Amir Husaini - amin, terima kasih.

Syud - terima kasih. :) Kiut macam syud juga.

Mie - sama-sama.

Ren - alhamdulillah, syukurlah. :)

AN & Kangaq - Shufi le cakap.

Nissa' - alhamdulillah, syukur.

Ibnu Ahmad Al-Kurauwi - :)

Gayour - Terima kasih bro, amin, amin, amin.

Web Sutera 8:47 PM  

Assalamualaikum sahabat,

Tahniah berganda saya ucapkan dengan terbitnya novel baru dan kelahiran cahaya mata pertama.

Mantera Hitam sudah kumiliki, bacanya belum. Masih ingat pada saya, insan bernama Web Sutera?

Anis Hartini Haron 11:13 AM  

tak sempat lagi tgk baby nie dgn azieah.....comel la..suka sgt2

sf,  11:27 AM  

Anis, mailah rumah ...

~nurie!~ 3:23 PM  

comel! nama pun comel.
tahnia abg sf.
doa utk si kecil, smoga jadi anak yg soleh kelak..amin.

Syarifah Salha Syed Ahmad 1:23 PM  

Salam.

Tahniah Abang Ngah atas kelahiran putera sulung.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP