Sunday, January 18, 2009

Proses Kreatif Mantera Hitam

Mantera Hitam - novel yang saya siapkan dengan lelehan keringkat yang membasahi segenap jiwa dan atma. Sudah begitu lama saya ingin merakamkan kisah-kisah fiksyen, mistik, fantasi dalam satu acuan. Alhamdulillah saya diberikan kekuatan dan izin oleh-Nya. Garapannya hanya mengambil masa lebih kurang 3-4 bulan. Kemudian pihak Alaf 21 meminta saya untuk menambah lagi bilangan halamannya. Saya menghantar manuskrip asal pada penghujung tahun 2007 selepas raya. Kemudian, hanya pada pertengahan bulan 3, tanggal 14, saya menerima panggilan daripada Moon, editor yang menangani novel saya - meminta untuk ditambah.

Wah, saya katakan kepadanya, Insya-Allah. Tapi segala-galanya terhenti untuk seketika. Hampir 4 bulan kemudian barulah saya diberikan ilham untuk menggarapnya semula. Ia memakan masa sedikit setelah saya memahami gaya dan stail Alaf 21. Tapi alhamdulillah, agak cepat juga ia diterbitkan seusai menghantar beberapa penambahan. Saya agak berpuashati juga, meskipun ada beberapa pemotongan dan penambahan yang dilakukan. Fasa penulisan 'Selepas Perang' (ada dalam novel tersebut) itulah yang menggugah kesabaran saya.

Dalam novel tersebut saya mengingatkan diri saya agar sentiasa menyelitkan alam dan adat budaya orang Melayu agar ia menjadi medium untuk mendedahkan semula kehebatan alam Melayu yang kaya dengan seni dan budayanya. Lantas, cerita mistik, perubatan Melayu, kisah gendang dan serunai, alam persilatan saya padukkan ia. Bersama dengan fakta-fakta sejarah ketika Portugis ke Melaka, kisah Islam di Andalusia saya jalin gabungkan dengan anyaman fantasi dan imiginasi saya.

Dalam novel ini, saya membayangkan bahawa kedatangan Alfonso de Albuquerque ke Melaka bukan hanya dalam bentuk fizikal, tetapi ada sokongan dan bantuan dari alam halus di sana yang mengiringi. Lantas suatu masa ia dikurung oleh pahlawan Melaka buat selama-lamanya. Namun takdir telah menetapkan bahawa punca beberapa pelajar yang bermain 'semangat duit' untuk kali yang ketujuh menyebabkan 'ia' terlepas dari kurungan infinitinya. Setelah itu, 'ia' mencari semula keturunan yang menyebabkan ia menderita dalam kurungan itu dan beberapa nama tertera untuk 'ia' melunaskan dendam yang berabad lamanya itu.

Semoga rakan-rakan terhibur dengan persembahan novel ini. Terima kasih.

21 comments:

ahadancoach 10:35 PM  

Cantikkkkkk....alhamdulilah rezeki anak namanya tu....teruskan berkarya

wahyu budiwa rendra 9:05 AM  

dahsyat abg khairul...

Ainin Naufal 10:57 AM  

pihak alaf kasi ke ko bubuh sedutan kat sini?

LeaQistina 12:52 PM  

tahniah.. !!

Biodata Penulis Johor 6:44 PM  

bang, ni blog baru. nak kumpulkan biodata dan profil kawan2.

sf,  11:18 PM  

ahadancoach - Alhamdulillah, insya-allah saya akan terus berkarya.

Wahyu Budewa Rendra - Segala atas izin-Nya, Ren. Kita cuma 'alat'.

AN - hehehe ...

Lea Qistina - Terima kasih, begitu juga dengan Lea.

Biodata - Ok terima kasih.

dingin 12:46 PM  

Ini yang aku nak!

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... 2:49 PM  

congratz SF...
fuyoh... meletop habis cover mantera hitam tu. smp tercampak org yg tgh silat tu. wakakakaka...
anak sulung kat alaf dah keluar.
jgn lmbt2 yg 2nd punye.

Me, Myself & I 8:34 AM  

salam,
saya baru membeli buku saudara. saya memang mencari-cari buku fiksyen melayu. namun semuanya buku cinta. buku saudara hooked me from the start. ternyata saudara banyak membuat rujukan. syabas ... it's a great book and i love it. harap ... akan ada buku kedua pula .. tidak sabar rasanya ....

sf,  8:43 AM  

Dingin - yahhh ... beliiii lah akekeke

Murni Aqilah - 'over' kau eh, nanti kau kalau jumpa! hehehe

Me, Myself & I - terima kasih kerana sudi membeli. Insyallah, buku kedua akan menyusul. Masih dalam pembikinan.

zf_zamir 2:00 AM  

wah, hebat!

tahniah!

Anonymous,  12:13 AM  

Salam... sekadar mahu bertanya sama ada kisah novel tersebut berhenti di situ sahaja atau ada sambungannya...

Cikgooden (Selumbar Emas). 2:33 PM  

salam..bro!

tahniah!...

Serunai Faqir aka SF 9:17 PM  

Anonymous - insyallah ada sambungan...

Cikgudeen - terima kasih bro, tak sempat nak merayap tmpt hang ...

husz_nie 8:07 AM  

Salam SF,

Saya dah pun abis baca.. bg saya quite menarik.. thumbs up. Tp ending seolah tergantung, atau ingin di adakan sambungan?? Tak puas hati rasa baca bila penamat habis sebegitu sahaja... sbb ceritanya menarik.

Dan saya juga ada hajat, saya menganjurkan pertandingan interblog di forum www.jomlayan.com. Saya ingin jemput saudara SF utk menjadi juri tetap setiap minggu bg mengadili para peserta. Sekiranya saudara SF berminat, harap dpt berikan email dan saya akan emailkan mengenai pertandingan ini dgn lebih lanjut lagi. Besar hajat saya ni.

bartdaer 8:11 AM  

salam, sy telah pun membeli dan membaca novel terbaru serunai faqir- mantera hitam, tetapi sy agak tidak berpuas hati dgn ending novel ini..byk lg persoalan yg bermain di fikiran sy belum lg terjawab...sy mahu bertanya adakah terdapat sambung mentera hitam? jikalau ada sy tidak sabar untuk membacanya... (peminat novel fiksyen fantasi)

syahrafi,  12:30 AM  

cerita ni memang best. tambah-tambah tentang silat. kisah yang ni pun macam berlaku kat skolah saya tahun lepas. tapi saya rasa ending dia macam tergantung. apa yang berlaku kt suraya, tunku,hizal dan lain2. takkan jadi batu je kot. pastu kitab tu akan kt namtar.. jer. ker asda sambungan cerita ni???

sf,  12:40 PM  

Syahrafi - Terima kasih kerana membeli Mantera Hitam, insyallah ada sambungannya. :)

Eddy aKa 11:01 PM  

saya telah membaca mentera hitam seawal keluar di pasaran.. memang gempak dan memuaskan hati.. hahaha ada sambungan yang membuatkan saya tak sabar menunggu.. mungkin tahun depan kan tuan.. dari segi jalan crita amat merujakan cumanya seawal penulisan perkataan "itu" terlalu banyak.. mungkin boleh di perbaiki tapi bila makin lama pernulisan semakin kemas dan membuatkan saya terperangkap dalam fantasi dia hahaha.. tahniah tuan..

Serunai Faqir aka SF 6:04 AM  

Eddy Aka - terima kasih krn membeli Mantera Hitam dan juga atas teguran sdr. Insyallah saya akan perbaiki lagi pada masa akan datang. :)

fadz 3:39 PM  

salam, wahhh, begitu hebatlah novel abang!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP