Friday, January 09, 2009

Novel Mantera Hitam



Tajuk: Mantera Hitam
Penulis: Serunai Faqir
Halaman: 416
Harga: RM16.00

Sinopsis/Blurb

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan ketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin.Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah.Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan,
menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!

p/s : Alhamdulillah, setelah penantian yang sekian lama, akhirnya terbit juga novel yang berjudul Mantera Hitam. Asal tajuknya adalah Sapta Hitam tapi pihak Alaf21 meminta saya mengubah tajuknya. Dan inilah hasilnya bersama gambar kulit luar novel tersebut. Dengar cerita kalau tiada aral melintang Insya-Allah akan terbit Januari ini. Nanti rakan-rakan jenguk-jenguklah di kedai yang berdekatan ya. Terima kasih.

37 comments:

s.c.h.u.l.t 5:54 PM  

congrats abg sf!! :)

nin,  12:50 AM  

cam menarik je.. nak kena jenguk kat kat kedai buku ni...

bertambah lagi seoramg penulis mistek cm ramlee awang mursyid

Tahniah!!!

teruskan berkarya

sf,  6:42 AM  

Schult - terima kasih atas sokongan schult dan rakan2 kapasitor.

Nin - Mudah-mudahan, amin.

Indah Hairani 7:53 AM  

assalamualaikum sf..
Tahniah...pasti mendapat tempat di hati peminat..dan sudah tentu akan lebih laris di pesta buku nanti...tahniah sekali lagi

kangaq,  1:09 PM  

yey... nak keluaq dah... yippa~
tapi tajuk tak jiwangla... aku tak puas hati! ahahaha...

Mersik 1:13 AM  

Salamz SF ,

Tahniah di atas kelahiran nvl yang baru di dibawah Alaf21. Semoga ianya mendapat sambutan yang hangat bangat serta laku keras.

Ainin Naufal 9:42 PM  

bagus2, boleh jd org kaya baru lepas ni. hihi, jgn lupa kawan ye bang.

aku suka tajuk yang ni dari tajuk asal tu.

macai_suci 11:55 AM  

Tahniah bro! Wa caya lu lah

dingin 4:34 PM  

Kaya hang

:-)

sf,  9:01 PM  

Indah H - amin!

Kangaq - hehehe... hang ni macam2...

Mersik - amin!

AN - amin, insyallah tak lupa. : )

macai - tq bro!

Dingin - amin!

Nora 2:27 PM  

vavava... dalam diam rupanya Sapta Hitam dengan alaf rupanya...
huhu...

TAHNIAH juta2 lemon!

semoga semakin gigih berkarya...

Zalisa Maz @ ZN Isa 1:19 AM  

kak cemburu dgn cover nvl ni. cantik sungguh

Bunnybaby 12:59 PM  

Salam.

Tahniah! Saya pasti akan mendapatkan buku ini. Tadi saya membelek-belek "Lagukan Senandung Itu" di rak buku Bahagian Perolehan. Baru hendak bermesra dengan karya saudara.

Husz 11:07 AM  

melihat pada tajuk je, dah buat saya tertarik, baca sipnopsis, saya rasa makin menarik.. sudah terjual di kedai2 bukukah?? nak kena pegi cari ni balik keje ni

Puteri 2:48 PM  

mistik yang terlindung.. penghubung fantasi ke realiti..

kerana setiap kejadian ALLAH itu tidak mustahil.

salam kenal..

myownmind 11:59 PM  

Aku dah baca dan dah review yayyy!!!


http://shenufan.blogspot.com/2009/02/mentera-hitam-serunai-faqir-alaf-21.html

fadz 6:06 PM  

oh ya congrats!!!

fadz 6:07 PM  

pesta buku alaf baru2 ni, buku abg dapat top 10, syaabas!

elin,  4:09 AM  

salam.nk tnye..buku ni de smbgn die ke? :D

sy dh bce..menarik.
tp ending die cm confuse ckit larh.

sf,  12:42 PM  

Fadz - terima kasih fadz, sama2 kita!

Elin - insyallah ada sambungannya.

Anonymous,  12:51 AM  

Salam kpd sf...

Tahniah buat sf kerana kemunculan Mantera Hitam menambah koleksi novel bacaan saya...

sesuai dengan citarasa saya....

Lenggok tari jalan ceritanya amat menarik dengan sulaman rumpun citra Nusantara, gemalai rentak pencak silat, gemersik sulaman puji-pujian bagi Yang Maha Kuasa....

Elemen-elemen yang cukup mantap untuk menarik jiwa remaja yang dambakan suntikan rohani dengan cara halus seiring cakna membudayakan membaca di kalangan masyarakat...

Penuh dengan inspirasi dan pengetahuan....

Tahniah sekali lagi....

Cuma dipinta...ada kesinambungan pada judul yang bakal diterbitkan kelak...


Kerana terdahulu telah saya baca novel trilogi pengembaraan epik Ramlee Awang Murshid....


Elemen maya dan nyata direncah hebat menjadi kisah trilogi yang mengkagumkan.....

Moga SF hendaknya...menyusun lenggok bahasa & ceritera buah tangan terbaru dengan acuan sendiri sehebat barisan penulis yang lain, insya-ALLAH!

Tahniah sekali lagi....

Saya sukakan 'Mantera Hitam'!

sf,  2:20 PM  

Anonymous - Terima kasih kerana membeli Mantera Hitam. Insyallah akan ada sambungannya kelak. Doakan saya agar punya kekuatan dan kelapangan untuk menangani sambungannya kelak, amin. Juga terima kasih atas doa dan semangat yang diberikan oleh anonymous. : )

ryn 9:30 AM  

Tahniah kepada penulis di atas penghasilan Mentera Hitam..Bila agaknya keluar kesinambungan novel ni.Rasanya tidak sabar-sabar untuk mengikuti kisah selanjutnya....
Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan.

TAHNIAH

Anonymous,  10:14 AM  

SALAM SF,

congratz atas Mentera Hitam..bkn senang nk wat novel mcm ni..

percaya kepada perkara ghaib..byk lessons n info..kekuasaan ALLAH mengatsi segala2 nya..

boleh dipertingkatkan lg dari segi gaya penulisan...jalan cerita dh cun..

x sbr nk tggu ape jd kat bdk2 tu n marcel..dh confirm mati ke si marcel tu..??cian la pulak..haha..

Anonymous,  4:58 PM  

Tahniah kepada penulis yg berjaya menulis Mentera Hitam...

Sulaman ayat dan kat terlalu indah...

Namun ada kekeciwaan dihati bila ia seakan mati tanpa penyudah di penghujung cerita...

Anonymous,  11:30 AM  

SALAM.. sy memg peminat buku nie.. dah 3 kali sy bace.. bila nak wat smbungan dia.. bulan lepas ada jugak jengok kt kedai buku p xda pn sambungan citer nie.. kalu ada info tntg keluaran kedua novel nie.. plez inform sy kat my email ayu_andalusia@yahoo.com.. plezzz

Anonymous,  5:54 PM  

sorry. i am quite disappointed with the storyline and ending of this novel. not worth it for my money. keep up your effort next time.

~" wert "~ 6:11 PM  
This comment has been removed by the author.
wert,  6:16 PM  

best..mmg menarik...smpai x boleh lepas buku...cuma endingnya betul2 meresahkan..apa pon harap dapat kluarkn sambungannya...Mantera Hitam boleh..sf boleh...

safirah azmi 9:14 PM  

Assalamualaikum. saya dah baca novel Mantera Hitam. Ceritanya memang menarik. Bila sambungannya akan keluar?

sf,  3:07 AM  

Wer & saifirah - insyallah tak lama lagi,
... terima kasih kerana membaca MH :)

Iman 1:16 PM  

salam...lmbt lg ke ku0r smbungn mantera hitam nie..??rase cm da lme jer....hehe...xsbrla nk tau ending dye cmne...

Miylo Meow 4:15 PM  

salam... sy baru menjenguk lembaran Mantera Hitam.. Ia sgt menarik dan hebat bagi saya.. Teruja mengikuti kisah ini m'buatkan sy terus singgah blog ini pulak.. smoga terus berkarya dgn kemntapan yg terbaik.. babai :-)

Miylo Meow 3:42 PM  
This comment has been removed by the author.
Miylo Meow 3:44 PM  

saya ada buat ulasan tentang karya penulis.. kalau sudi singgah jenguklah kat blog sy okey . babai :-)

AYIE 11:40 AM  

tengah sedap2 baca ni, tetiba tergantung pulak ceritanya..
waa.. en. sf jahaatt
cepat la keluar sambungannya..
ke dah keluar tapi saya yang tak tahu? huhu

Anonymous,  1:52 AM  

Salam..bang novel ni ada smbungan x...trlalu menarik novel ni

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP