Saturday, January 31, 2009

Majlis Ulangtahun Ke-4 Kapasitor

Persediaan awal untuk majlis tersebut.

Disuruhnya saya memberikan sedikit pengisian di majlis tersebut. Pada mulanya saya tidak begitu yakin apabila melihat masa yang diberi adalah 1 jam setengah. Wah! Inilah kali pertama saya bercakap secara solo dalam jangka masa yang agak lama juga itu. Namun kerana Kapasitor, saya gagahkan diri. Rasa kasih kepada komuniti Kapasitor ini menyebabkan saya memberanikan diri dengan bermodalkan empat isi (point) yang harus diperkatakan dan pengalaman sepanjang dunia penulisan (walhal pengalaman tidaklah seberapa). Tapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana diizinkan untuk melepasi tahap itu.

Sesi pagi bersama sf - "Penulisan dan Penghantaran Karya"
(sumber gambar : La_Ways)

Dan bertambah manis lagi, apabila warga Kapasitor yang hanya ditemui di alam siber dapat jugalah dikenali secara berhadapan meskipun tidak semua yang saya tegur, kerana begitu ramai ahli yang hadir pada majlis tersebut. Ketika berbual dengan tokey komuniti tersebut, catatan kehadiran adalah seramai 80 orang. Itu tidak termasuk mereka (mungkin) yang tidak menandatangani majlis yang diadakan di annexe, Pasar Seni. Segala macam bentuk seni dipaparkan di majis tersebut, ya saya amat teruja menghadiri majlis tersebut. Paparan puisi dan fotografi yang disuguhkan amat meyakinkan diri saya bahawa suatu masa nanti, Kapasitor akan menjadi wadah yang kukuh dalam dunia seni yang multi itu nantinya.

Geng Bagpipers

Tidak cukup dengan itu, lewat petang persembahan kumpulan gendang saya, bagpipers, pengucapan puisi, lagu-lagu puisi serta pelbagai persembahan yang menarik. Sayang sekali, saya tidak dapat mengikuti semuanya kerana kerisauan menanti teman-teman gendang yang lambat sekali hadir.

Sdr Epri di sesi bedah siasat kumpulan cerpennya, 'Ruang Lengang'

Juga perkenalan dengan sdr Epri Tsaqib yang sudi mengongsi lewat pengalamannya dalam penulisan kumpulan puisi terbarunya yang diterjemahkan kepada beberapa bahasa. Ya, Epri... nanti kalau ke sini, kita makan roti telur lagi ya? Cuma hari ini sahaja, saya agak terkilan juga tidak dapat menghadiri bengkel penulisan puisi di Ulu Yam kerana ada majlis bergendang di Kemensah.

Untuk itu, saya berterima kasih amat kepada sdr Jojo yang memanggil saya untuk saya kongsikan pengalaman saya yang sedikit itu bersama warga Kapasitor. Juga mengundang kumpulan gendang saya untuk diperhadapkan pada petang itu. Tentunya saya sebagai ahli Kapasitor mengharapkan agar majlis seumpama ini akan senantiasa berterusan pada masa akan datang. Mana yang termampu untuk saya bantu, Insya-Allah saya akan berada untuk warga Kapasitor. Hidup Kapasitor!

12 comments:

ahadancoach 8:05 AM  

Tahniah beb...nampak dah mula menjadi speaker...lepas ne mmg satu persatu org akan panggil lu jadi speaker....hehhehheheh

Ainin Naufal 10:20 PM  

rambut pesen baru bro! :P

Serunai Faqir aka SF 1:59 AM  

Ahadan - amin...

AN - gaya baru sempena 2009. : )

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 11:18 AM  

bagus... semangat kita di situ. Minta juga warga kapasitor untuk memeriahkan sayembara sains fiksyen UTM-UM. Lihat di www.celikhuruf.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Bengkel akan diadakan pada sabtu ini.

wahyu budiwa rendra 8:31 AM  

salam ziarah, kanda sf.
baju kotak2, jam kotak2 tu bang sf ye? dah lama tak jumpa. lain yek.. he.he.

husz_nie 7:56 PM  

Salam SF,

saya dah emailkan butir2 mengenai pertandingan tu kepada SF.. :)

husz_nie 8:04 AM  

saya email ke email yg diberikan...

saya dah cuba htr sekali lagi...

kalau masih tak dpt, SF boleh rujuk ke link ni utk format pertandingan..

http://www.jomlayan.com/mybb/pendaftaran-jlbm-2009-t-19611.html

dan juga dr sini utk pertandingan2 yg lepas.. http://journaljlbm.blogspot.com

Serunai Faqir aka SF 7:47 PM  

husz - terima kasih, sudah terima. : )

NSMY 3:00 PM  

ala abg sf ni... kalo abg nk sponsor tiket flight sy pergi sana, shaz ok je.. hehehe... tak dpt tgk abg main serunai... huhuu

Jojo 12:48 AM  

merujuk kepada komen saudara Rozlan Mohamed Nor (RMN), saya cadangkan saudara singgah ke kapasitor dan umumkan tentang majlis anda itu di bahagian Komuniti Kapasitor.

kebanyakan majlis2 sastera mmg ada diletak di situ.

terima kasih ;)

ps: khairul, jgn risau.. lepas ni aku tetap cari ko lagi :D time kasih byk2

sf,  12:54 AM  

NSMY - tunggu kayalah, baru boleh sponsor! hehehe

Jojo - Hidup Kapasitor bro!

kak ila 1:39 AM  

adik... macam mana tak berdarah hidung bercakap sejam setengah, duduk bersila gitu rasanya tak sesuai.... kalau akak, mau tertiarap. hehehehe

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP