Wednesday, December 10, 2008

Teman, Doa Kalian Kumohon

Saat ini hati saya sangat bergetar apabila doktor mengatakan bahawa isteri saya harus ditahan di dalam wad kerana darahnya sedikit tinggi. Seribu satu macam perasaan yang bergentanyangan di benak ketika ini. Saya hanya memperbanyakkan istigfar dan selawat agar ditenangkan hati. Menurut doktor andainya bacaan pada tekanan darah masih tidak berkurangan, kebarangkalian untuk dibedah amat tinggi. Waktu itu roh saya bagaikan keluar dan berdiri di sebelah saya, tapi saya tahu inilah ujian yang Allah berikan kepada kami berdua. Tambah kecut hati saya apabila isteri saya menyatakan bahawa sang anak sedikit bergerak bagai ada sesuatu yang meresahkannya sejurus doktor menanamkan picagari untuk menguatkan paru-parunya 'seandainya' dia harus dipaksa keluar.

Namun saya cuba untuk tersenyum dan melawak dengan isteri agar hatinya sedikit terhibur dan tidak gundah gulana. Saya belikannya majalah Ujang agar terangkat sedikit nestapa yang yang mencuri masuk dan mengatakan bahawa mudah-mudahan dengan iring doa dan berkat guru serta teman-teman kita, Insya-Allah si anak akan zahir seperti biasa. Sewaktu berpamitan; di dalam kereta, hati saya sayu amat apabila sebahagian dari pengertian untuk menjadi sang bapa mula menjelma di pojok hati. Terkenang saya akan bapa di kampung. Agaknya inilah perasaan bapa ketika emak melahirkan saya dan adik-beradik saya.

Sebentar lagi, saya akan ke HUKM untuk meninjau perkembangan isteri, dengan hati yang penuh tawakkal bahawa dia akan sembuh dengan cepat. Mudah-mudahan juga dengan berkat doa kalian, isteri saya cepat sembuh dan bersalin seperti biasa, amin.

9 comments:

alifstyle 7:02 PM  

Semoga Isteri dan anak kau selamat! Amin!

macai_suci 7:20 PM  

Mudah-mudahan segalanya akan selamat. Insya Allah

Pesan Guru perbanyakkan membaca surah Mariam dan surah Yusof serta surah Lokman.

Amalkan selawat shifa/ Thib.

Amin ya Robbal Alamin

lelucon 10:24 AM  

banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah. Niatkan juga untuk menjaga amanah itu sebaiknya. (sbb niat yg baik itu baru niat pun dapat pahala insya'allah)

saya melalui pengalaman menanti isteri bersalin 2x. Alhamdulillah, dua-dua bersalin normal. banyak lagi pengorbanan si ayah yg menanti... :)

Cikgooden (Selumbar Emas). 1:44 AM  

sabaq la...bukan senang nak jadi pak..

Serunai Faqir aka SF 7:14 AM  

Terima kasih atas doa kalian.

Bunnybaby,  12:12 AM  

Salam.

Doa adalah senjata mukmin yang paling ampuh. Doa saudara sebagai suami insya Allah lebih afdal lagi.

Walaupun saya belum berpengalaman melahirkan anak, pesan Umi sentiasa saya pegang. Benar seperti saranan macai_suci, perbanyakkan membaca surah Maryam untuk memudahkan kelahiran. Surah Yusof supaya anak menjadi sabar dan lawa, manakala surah Luqman untuk anak yang soleh. Insya Allah.

anTusufi 12:12 PM  

walau agak terlambat, Salam juga dr aku...semoga semuanya selamat...tip dr macai_suci amat berguna...moga kita dianugerahkan zuriat solehah ygb memiliki roh perjuangan al-Haq dr langit...

Sollu 'ala Nabii..

Syarifah Salha Syed Ahmad 11:53 AM  

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Syarifah Salha Syed Ahmad 11:53 AM  

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP