Friday, December 26, 2008

Sastera Alam Siber - Kapasitor








Inilah salah satu tempat saya selalu melepak dan bersantai bersama teman-teman penulis alam siber, saya mencari ruang yang lebih nuetral dan santai, tetapi ingin saya perkatakan penulis-penulisnya sangat berbakat. Walaupun sasterawan Azizi Hj. Abdullah mengatakan sastera di alam siber adalah virus dan sampah alam (Forum Sastera : Sastera Siber - Virus Sastera Nasional, 19/4/08 di Perpustakaan Awam Kedah - anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah [ASASI] - maksud beliau adalah karya sastera yang tidak terjaga mutunya), tapi saya senang sekali dengan mereka. Mendekati golongan mereka begitu selesa sekali dan lebih penting adalah menjadi kawan agar dapat memperpanjangkan silaturrahim di alam siber.

Suasana di Kapasitor agak santai tetapi dipenuhi oleh anak-anak muda yang berbakat dan berkebolehan. Lebih istimewa, Kapasitor menjadi medium untuk mengetengahkan pengkarya dari pelbagai bidang (sastera, karya seni fotografi dan lain-lain) untuk sama-sama berkongsi idea, ilham dan kebolehan dalam berkarya. Ya, memang benar ada di antara mereka yang menggunakan laras bahasa yang kurang yang cocok dan tidak menepati ciri-ciri sastera tapi saya tidak risau dan tidak ambil pusing tentang itu.

Lambat-laun perubahan pasti berlaku kerana kematangan pasti memanjat bersama dengan peralihan musim dan usia. Bukankah itu suatu proses yang normal sebelum seekor rama-rama pecah dari kepompong dan terbang tinggi? Dan memang wujud pun segelintir mereka yang matang dalam berkarya cuma tidak berani mengenengahkan karya ke khalyak umum. Tapi tidak kurang juga mereka yang menggunakan laras bahasa yang cantik dan indah. Semua bercampur di situ, tapi itulah indahnya. Saya suka dan selesa berada di situ.

Bagi saya, ada sesuatu yang menyenangkan apabila berada di situ. Saya suka Kapasitor dan suka saya menyeru (sepertinya Esastera) dan berharapberharap agar golongan sastera yang tidak menyenangi sastera di alam siber dapat menerima secara perlahan-lahan. Terimalah hakikat ini. Zaman telah jauh berubah tapi nilainya masih sama. Sepertinya anak-anak kecil yang baru lahir, mana mungkin dia dapat terus berlari dan mendaki bukit dan gunung, tidak begitu? Hampir dua saya menyertai mereka dan alhamdulillah banyak yang saya belajar dari mereka. Selain itu, gabungan para pengkarya dari Malaysia dan Indonesia dapat menyambung ukhuwah antara mereka, meski hakikatnya ia baru bermula. Ah, perlahan-lahan, pasti ia akan berhasil suatu hari nanti. Biarlah sastera menjadi titian muhibbah untuk kita memperteguhkan ikatan antara pengkarya tanpa mengira status mapan atau tidak, barulah sastera mampu berkembang biak dengan lebih cantik dan segar. Tidak begitu?

Terima kasih saya kepada Jojo (pengendali laman tersebut) dan rakan2 di sana. (Mereka ini benar-benar serius!) Kepada sesiapa yang berminat untuk meninjau golongan Kapasitor, jemputlah ke :

Program: Apresiasi Seni dan Maya
Tarikh: 31 Januari 2009 (Sabtu)

Tempat: Annexe Central Market

Masa: 10:00 pagi – 6:00 petang
Pakaian: Santai/Kasual

2 comments:

Jojo 1:29 AM  

time kasih khairul.

saya percaya internet adalah satu medium yang terbaik dalam menggilap bakat sastera. benar masih ramai yang bertatih. namun, kita harus terima kenyataan tiada siapa pon yg lahir ke dunia terus pandai bersastera.

semuanya melalui minat dan pengalaman. sayang kalo tunas2 sebegini kita cantas pada waktu mereka baru hendak bercambah.

saya bukan ahli dalam dunia sastera mahupun dunia kreatif. tapi, ini sajalah yg mampu sy bantu untuk masa depan sastera dan budaya kita insya Allah

ryann 12:21 AM  

kedengaran menarik

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP