Friday, November 28, 2008

Rezeki Anak

Sukar untuk diperkatakan tentang perkara tersebut kerana ia memang janji daripada Dia. Meskipun hampir 2 tahun saya mencari pengertian dan falsafah di sebalik bekerja sendiri, namun akhirnya saya mengalah pada situasi yang meggeluti. Lama saya berfikir tentang perkara ini, akan tetapi memikirkan perihal 'orang baru' yang akan hadir Insy-Allah tidak lama lagi, saya pejamkan mata dan terpaksa membuat keputusan. Alhamdulillah syukur, doa saya dimakbulkan Allah. Dan mulai akan datang saya akan bertugas sebagai editor sepenuh masa di syarikat penerbitan Pekan Ilmu Sdn Bhd (PISB).

Samada saya akan terus bekerja di situ ataupun tidak, saya biarkan sahaja masa untuk pengadil yang terbaik. Doakan moga-moga saya tabah bekerja di situ. Bekerja di pejabat ini adalah merupakan satu proses yang rumit setelah agak lama bekerja sendiri, bebas dan lepas begitu sahaja tanpa ada kekangan. Nanti sudah ada bos, hehehe... Disamping itu, blog khas tidak rasmi telah saya bangunkan untuk rakan-rakan melihat produk PISB, boleh juga membuat pembelian terus dari situ dengan meninggalkan pesan pada kotak komen atau emel yang dicatatkan di dalam blog tersebut. Disamping itu, saya juga mencari mana-mana penulis yang berminat untuk menulis dengan PISB samada karya kreatif atau non-kreatif. Jemputlah ke blog tersebut : Sila Klik Mek Mulong. Blog ini masih dalam proses pembaikan lagi.

Sebentar tadi sebelum solat Jumaat ada penerbit lagi menelefon bertanyakan samada mahu menjadi editor di syarikatnya atau tidak. Rezeki anak ...

Terima kasih atas sokongan rakan-rakan semua.

21 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 3:09 PM  

Di landasan yang sama kita, pastinya akan tersua dalam acara-acara tertentu nanti. Mari...kita sama-sama memaju dunia buku yang kita sayangi ini.

TAHNIAH, semoga terus dimurahkan rezeki.

Bunnybaby,  3:53 PM  

Salam.

SF
Sebelum bulan Ramadhan saya ada menawarkan diri kepada Encik Halim Pekan untuk mewujudkan laman web, supaya dia dapat mempromosikan buku-buku Pekan Ilmu. Tak sangka pula saudara tiba-tiba bekerja dengannya.

Baru terjumpa blog Sidang Mek Sulong. Eloklah, syukur ada yang membantu Encik Halim mewujudkan blog promosi buku-buku Pekan Ilmu. Saya pun sebenarnya bercadang nak buat begitu juga, sementara Pekan Ilmu belum memiliki laman web rasmi.

Bunnybaby,  3:55 PM  

Ops, maaf. Tersilap eja. Sidang Mek Mulong...

Zalisa Maz @ ZN Isa 4:24 PM  

keje leklok k. jgn lawan bos. simpan je sikap kepala angin tu :D

Khar 5:19 PM  

RMN - Ya sama2 kita

BB - Hehehe

Kak Za - Yalah kak ...

Amir Husaini 7:34 PM  

Salam saudara SF,

Doa saya yang terbaik buat saudara. Selamat maju jaya, dan selamat menyambut kehadiran cahayamata.

Cikgooden (Selumbar Emas). 1:09 AM  

salam bro, tahniah.

kerja molek molek dih...

mie 2:03 AM  

salam bro,

tahniah dan semoga berjaya ... (",)

kangaq,  12:48 AM  

First day nanti hang kena buat upacara tepung tawaq. Naik dok bersila atas meja pejabat hang yang baru tu... pastu tiup serunai selagu dua... ahaks!

dingin 10:43 AM  

Tahniah.
Rezeki anak memang manis

offamir 12:02 PM  

salam saudara

kriteria yang bukan bukan pun bley menulis dalam blog saudara ker>>??

salam link blog saudara

Ainin Naufal 12:47 PM  

swasta tak sama dengan gomen tau. segala macam 'angin' tu kena buang. hihi

Serunai Faqir aka SF 5:49 AM  

Amir - Terima kasih kembali, semoga kebaikan untuk sdr juga.

Cikgu Deen - Terima kasih, insya-allah.

Mie- Terima kasih kembali.

Dingin - : )

Offamir - Boleh saja. Kami akan betulkan nanti sekiranya sesuai untuk terbitan, jangan risau.

Ainin Naufal - Ya mak incikkk!

Nunn 2:30 AM  

rezeki anak siapa tahu bro....janji setiap pekerjaan yang kita buat niat kerana Allah Taala ....

Khar 10:25 AM  

Cik Nunn - Insyallah bro .. terima kasih atas sokongan bro.

Mersik 4:03 PM  

SF - tahniah daun keladi. Semoga akan terus berkarya walau apa keadaan sekali pun.

Bak kata oang2 tua.. bila periuk nasi dah kukuh, baru cari periuk lauk. Banyak2 periuk tak apa, janji rezekinya berkat gitu..

Khar 10:59 PM  

Mersik - Ya, Insyallah :)

Rasha_rz 7:25 PM  

tahniah. sudah kembali menyahut cabaran seperti kami yg kerja makan gaji. hehehehe... demi anak, lelaki tegal ini akhirnya angat tangan - mengaku kalah.

Serunai Faqir aka SF 6:08 PM  

Kak Ramlah - : )
Belasah nampak... hehehe

Zanazanzaly 12:26 PM  

Salam, Tahniah bakal menerima orang baru & berada di tempat kerja baru! Semua baru lah pendek kata ho ho

Khar 10:34 AM  

Zanazanzaly -terima kasih, doakan agar kami agar semuanya selamat hendaknya, amin.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP