Tuesday, November 25, 2008

Penulis Tidak Dapat Royalti!


Ya, ini bukan lagi perkara yang baru dalam dunia penulisan. Ia sering terjadi, samada ia dihebahkan atau tidak, ia masih berlaku tanpa diketahui oleh khalayak. Berita kecil ini dimaklumkan oleh sdr Kholid kepada saya beberapa minggu yang lepas. Tersiar di akhbar Berita Harian, 8 Jun 2008, Cucu Pendeta menyatakan rasa tidak puashatinya terhadap penerbit, Fajar Bakti yang sekian lama menyepi dan membisu dari menangani permasalahan ini. Sudahnya ia tersiar di akhbar. Mungkin rakan-rakan tidak perasan tentang berita ini kerana ianya terlalu kecil dan terletak di pojok akhbar tersebut.

Namun setelah rakan2 membacanya nanti, pasti akan ada yang terdetik dalam hati menyatakan sesuatu tentang perkara ini. Sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Apakah penulis dan penerbit harus ke kamar hakim untuk menyelesaikan perkara ini? Ya, berbeza benar dengan situasi di negara luar, walaupun kedapatan juga, namun ia sangat berbeza dengan iklimnya di sini. Kalau di luar, penulis punya hak untuk menentukan apa sahaja yang ditulisnya, tetapi tidak di sini. Rasa kebebasan untuk bersuara dalam berkarya amat kecil skalanya.

Penulis terikat dengan penerbit yang menerbitkan karya. Hanya satu, dua sahaja penerbit yang memberikan kebebasan sepenuhnya agar dapat disiarkan. Dan juga hanya terdapat segelintir sahaja penerbit yang benar-benar mempromosikan karya penulisnya, selebihnya, penulis haru pandai-pandailah untuk melakukan sesuatu terhadap karyanya yang diterbitkan. Samada promosi secara sendiri melalui internet, SMS dan sebagainya. Kesiannya penulis di sini ... termasuklah saya ... kesiannya kita.

p/s : sila klik gambar untuk besarkan saiznya.

9 comments:

Anonymous,  4:01 PM  

ciannn dia (err.. kita)

~zalisa maz~

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 10:08 PM  

Penulis seharus tidak pernah lelah untuk menuntut haknya. Adakala yang mengendalikan hal-hal perbukuan juga bukan kalangan ahlinya. Yang teraniaya pengkarya. Saya amat2 memahami situasi itu.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 7:31 AM  

SF, kalau kamar hakim dunia tak lepas kita bawa ke kamar hakim akhirat! di samping tunggu pengadilan akhirat, niatlah moga hasil kita itu jadi jariah. Tk dapat hasil dunia, pasti berlonggok-longgok di akhirat.

ahadancoach 9:01 AM  

Alhamdulialh tahniah diucapkan kepada semua pnulis2 muda kerna karya-karya anda.Nak buat camana depa diberi kuasa penentu utk menentukan segalanya tapi tuan2 punya hak utk dibela...rasulullah diberi sedikit amarah demi utk mempertahankan hak terutama dlm perjuangan agama Islam...harap2 tuan2 pun begitu juga....teruskan perjuangan pasti Allah akan pandang tuan2 dgn syarat IKHLAS dlm setiap perjuangan.....

JHaZKiTaRo 10:38 AM  

a'kum.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)

MARSLI N.O 11:26 AM  

Sdr SF: Dari pihak penerbit juga sudah ada jawapan mengenainya. Moral kisahnya, penulis perlu kuat disokong bukti dan dokumentasi. Ada maklumat teman, royalti bisa diperoleh setelah penerbit berkenaan dihubungi secara bertulis. Saya sendiri pernah dihubungi penerbit untuk dapatkan maklumat seorang yang menulis di sana untuk dibayar royaltinya yang sudah ribuan tertunggak.

Kalau penulis itu, yang namanya Sharifah ....... dari Jerantut membaca ini, sila hubungi penerbit yang berkenaan.

Marsli N.O

Rasha_rz 7:32 PM  

kak ila sendiri sudah 2 kali dipermain. 2 nvl dianggap sedekah. memang kak ila tidak berniaga dgn karya kak ila, tetapi itu bukan alasan untuk penerbit menganggap penulis kecil ini tidak punya perasaan. Rythm satu nama besar sudah 4 tahun buat bodoh dan cesb gergasi dalam dunia penerbitan juga berlagak tuli. puas dah mintak hak, tapi seakan anjing menyalak bukit. runtuhnya tidak juga.habis, macam mana?

nin,  12:26 PM  

ni la hakikat sebenar yg perlu dihadapi oleh penulis, penat lelah idea yang dikeluarkan tpi malangnya tidak dihargai...

hanya segelintir masyarakat sahaja yang sedar, selebihnya hanya mengambil kesempatan sahaja..

sy rasa sudah tiba msanya penulis bertindak penuntut hak mereka, sbb setiap karya yg di keluarkan tidak ternilai harganya..

dan sy rasa pihak yg berwajib atau pihak yg patut membela penulis harus sedar dan bangkit.. jika kita tidak mahu penulis2 ini terkubur tanpa nesan...

bg penulis hargailah anugerah yg anda ada..dan jgn lelah untuk terus berkarya..kerana ada manusia yg akan hargai karya anda wpn jumlahnya terlalu kerdil..

Rasha_rz 6:13 PM  

nin said. kak ila menjawabkan bagi pihak tuan rumah.
terima kasih perhtian anda, nasihat dan peransang itu. kak ila sentiasa bersemangat w/p 2 3 novel langsung tidak menerima bayaran selayaknya dari penerbit.
alhamdulillah... itu adalah bekalan kak ila di SANA.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP