Wednesday, October 08, 2008

Tunas Cipta - Moga Lestari

Terasa seperti ada kesuaman yang menyergap ke dalam dada apabila menatap wajah baru Tunas Cipta yang diwar-warkan sekian lama untuk diterbitkan kembali. Tampang hijau pohon pakis segera menghantar maksud bahawa TC akan terus tumbuh subur dan menghijau di langit sastera yang luas ini. Saya bersyukur amat kerana dapat lagi memegang tubuhnya yang mulus dan licin, bagaikan kekasih lama yang kembali ke pangkuan. Aduh, semoga TC kan terus menjadi medan untuk mencari dan mengasah ratusan bakat remaja dan anak-anak muda, sekaligus menjadi wadah dalam kesinambungan perjuangan sastera remaja.

Dan bertambah manis apabila cerpen saya sudi disiarkan untuk pengenalan semula TC yang baru ini. Bagaikan mati hidup semula apabila mengetahui bahawa sesungguhnya memang TC ini diterbitkan lagi. Tidak lagi menjadi buah mulut orang sastera apabila terpaksa menumpang istana Dewan Sastera yang gah dan gemilang itu. Apa pun, TC tidak kurang istimewanya jika dibandingkan dengan Dewan Sastera kerana karya-karya yang tersiar sebelum ini mantap dan menyentap. Meski begitu, bimbingan dari para pengkarya lama amat diperlukan bagi menumbuhkan pucuk dan tunas pencandu sastera remaja.

Harapan saya moga TC dapat disebarkan dengan lebih meluas lagi supaya ia mudah ditemui di mana-mana gedung dan pustaka penjualan buku. Ini amat penting dalam mempromosikan majalah yang nyatanya setanding dengan majalah-majalah yang berpaparan di luar sana. Tambah seri dan memikat apabila luar dan dalam isinya dipenuhkan dengan warna-warna ceria yang mengujakan. Syabas TC! Teruslah terbang dan melayang tinggi di langit sastera nan indah ini.

Tahniah juga kepada para penekun di DBP yang menjadi sidang editorialnya. Pada teman-teman, ayuh jangan bertangguh lagi mengirimkan karya kepada mereka. Sudah lama nian terbuku di dada, inilah masanya untuk mengharimaukan semula semangat yang terbenam itu. Moga kita sama-sama terus mewarnai dunia sastera dan menjadi penyambung kepada pengkarya-pengkarya yang sedia ada.

14 comments:

skid steer loader 5:15 PM  

im your favorite reader here!

jcb excavator 5:22 PM  

when will you go online?

mini track loader 5:35 PM  

well its nice to know that you have great hits here.

michigan loader 5:35 PM  

wow, very special, i like it.

blackpurple @ jowopinter 4:40 PM  

Tahniah SF.

Slamet dhino bdho untuk koe sak keluargo. :)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 3:14 PM  

Cerah mata berkunjung ke mari. Ada semangat baru yang membara agaknya. Tahniah juga daripada sahabat dekat tapi jauh!

Serunai Faqir aka SF 3:50 PM  

JP - kasuwon akeh2!

RMN - sesekali ubah selera daaa ...

Cikgooden ...(Selumbar Emas). 10:27 PM  

wah..dah keluar dari bilik gelap..ha ha ha...lawa umah baghu ni...teruh lupa nak komen tg n3 hang!

Ainin Naufal 12:39 AM  

dunia baru yang terang-benderang!

Serunai Faqir aka SF 1:18 AM  

cikgudeen - sesekali terang daaaa ...

AN - sempena cahaya yang kian mendatang, doakan aku ya ... amin

thefourhorsemen 12:32 AM  

salam bro...
entah kenapa, rasa familiar je ngan kau ni..

thefourhorsemen 12:00 PM  

ha ha ha..aku dah agak encik serunai faqir ni limau kucai @ jaskon..saje nak suruh kau mengaku..heheh..

jeff 8:34 AM  

terus mara !

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP